Saturday, May 28, 2011

6 Blogger and Blog Best


ok, this post have been sitting on my dekstop for about 2 3 weeks already.. tak tau nape tapi susah sangat nak publish post nih.

masa aku mula-mula start blogging untuk blog lama lebih kurang 4 5 tahun lepas. ada dua tiga blog yang memang tiap-tiap entry dorang aku baca. sampai habis. mostly blog pasal info tak pun pemikiran yang buat kita berfikir di luar kotak and for fun..

antara blog best yang aku suka adalah arwah yasmin ahmad, the stroyteller blog arwah memang best, banyak info. and tiap kali aku bukak page arwah, sedih giler..ingat lagi citer baru dia yang tak sempat finish..she's so proud of her works and her fans also does..banyak lagu-lagu dia kongsi, citer-citer and ada satu aku donlot lepas die promot..citer jepon "the departure" memang best..!! lagi satu blog "kotak-kotak mencarut" dari amer yusof. aku tak tau kat mana mamat tuh sekarang nih. dah bertahun dah tak update blog. mamat uniten (dulu) pernah aku add dalam facebook, tapi sekarang bila aku usha balik dah tak ada dah. mungkin dia dah "unfriend" ngan aku dah. tapi bila aku search name dia kat google memang langsung tak de. aku pernah spend berjam-jam kat blog dia, dari current post sampai older post. semua aku terjah.

lagi satu blog best dari ms weed. cikgu sekolah private kot, cikgu seni. sekarang nih masih lagi aktif. cikgu yang memang sempoi. kan best kalo dia yang ajar aku..hahahha..mostly ms weed cete pasal student die, pasal lukisan, pasal malf(sampai skang aku tak tahu menda ape malf nih), rambut kembang (sekarang dah jadi mr-rambut-tak berapa nak kemabng dah), lukisan dan jugak pasal band-band yang aku tak pernah pun tahu akan kewujudan dorang..hahah...

blog zahiril adzim pon best jugak. memang artis yang terbaik kot. sempoi jek. tiap-tiap entry beliau pun best-best. ari khamis lepas dia ade buat meeting dengan fan tengok sangkakala (kot). ingat nak join 2 kaki tapi ujung-ujung bulan nih, malas je nak gerak p mana-mana. aku jumpa blog mamat nih sebelom femes dengan citer "kami" lagi..best giler, tapi skang nih kurang sket dah update, busy kot..almaklom la aktor femes dah..btw, this is one particular actor yang aku minat giler..

lagi satu blog onomatopoeia dulu nama jurnal sang arian. aku follow as silent reader jek. tak pernah komen, tapi memang tak pernah miss tiap-tiap entry. tak perlu entry panjang berjela macam sesetengah blogger popular tuh, tiap 2 jam nak update blog, tapi orang still melekat jugak. satu lagi, blok konotasi (bukan typo, memang dia eja blok). cikgu sekolah jgak..selalu cerita pasal murid-murid beliau..dan mostly entry pendek-pendek buat korang terpiker-piker lepas baca. aku suke kisah budak adamantium dan aksi-aksi student lam kelas..

mostly blog dorang aku tak kisah nak spend 2 3 jam mengusha archieve dan satu persatu entry aku baca. walaupun kadang-kadang tajuk relek jek, tak de gempak-gempak macam yang aku mostly BW kat gengblogger,tapi still buat orang datang lagi.and mostly jugak la aku jadik silent reader. sumer aku tak pernah komen, just baca dan piker sendiri. bukan tak nak komen, tapi aku just tak tahu nak komen ape. memang bab-bab small talk aku fail. tak reti nak berbasa basi.

ok, ni antara je la. banyak lagi kot blog best-best..cara tulisan dorang, interaksi dorang dan jugak taste dan touch untuk sesuatu isu tuh buat aku nak datang lagi. bukan sekadar blog walking, siap blog lepak yang wajib kot.

Friday, May 27, 2011

Maharaja Lawak Minggu 9 (Full)



ok gracias to GuaTV channel sbb gigih upload the ML earliest everyweek..you guys are welcome to subscribe channel dorang...terbaik..seyesly aku tak sempat lagi nak usha each persembahan this week tgh donlot...so just enjoy..ok ni just persembahan each performers je, yang intro takde, kat channel dorang ade kot..aku just tak masukkan kat sini je skali ngan kedudukan undian...

kumpulan Balas


kumpulan Sepah


kupulan Jozan


kumpulan Jambu


kumpulan R2


Nabil


Penyingkiran



p/s: enjoice...!!

Sunday, May 22, 2011

Kisah Seram UM Kolej 5



setiap malam minggu aku akan ke um untuk buat laundry, basuh baju yang dah di kumpul sepanjang minggu. nak tunggu basuh tangan, adesss..hati pedih nak thaan..malas bebenor.

so merempit ke um adalah jalan terbaik. cepat, boleh basuh dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa, dan murah.

jadi, malam semalam. hari jumaat malam sabtu aku bonceng moto legenda 115 z ke um di kolej lima. mesin basuh cuma dua tapi lebih murah berbanding di kolej sebelas. dulu aku baush baju di kolej sebelas kolej ungku aziz. mesin basuh kat sana ada tiga, tapi yang boleh guna cuma satu je. tu pun tiap kali aku p ada je baju kat dalam yang tak di ambil orang even dah berjam-jam dah siap cuci. so aku terus proceed ke kolej 5. senang!

macam biasa, lepas muatkan baju dan sabun serta vanish dalam mesin basuh aku naik tingkat satu lepak bilek member. kebiasaannya lewat malam baru available mesin basuh, agaknye sumer budak-budak hostel macam aku jugak kot. weekend baru basuh baju. so slow-slow aku naik tingkat atas, cuma aras 1.

macam biasa di musim final exam. keadaaan di kolej sunyi, tapi lampu dari bilek masing-masing tetap terpasang. stay up barang kali. aku terus bergerak ambik turn sebelah kiri dari tangga. di hujung hallway ada satu cermin besar, separas lelaki berdiri. aku tak tahu fungsi cermin kat situ. so bila jalan sepanjang hallway mata aku akan tertumpu kat cermin di depan. mimik cara aku berjalan,. aku betul kan sket lagak. bagi macho siket bila jalan..hahaha

sampai 2 3 meter dari cermin aku perasan ada orang follow belakang, tapi aku tak nampak sangat, sebab badan aku pun dah besar sangat. kaver bahagian belakang, so tak nampak siapa. aku ignore, mungkin ada pelajar kuar bilek nak p tandas kot. tapi bila aku pusing kanan nak masuk bilek member aku, aku tengok tak de orang pun. alah mungkin perasaan je kot. untuk pengetahuan korang kolej lima blok A ni agak kedalam sket, so bahagian belakang tuh area hutan sket. agak gelap dan menyeramkan waktu malam.

aku terus ketuk pintu bilek member 307. tak tido lagi. tenagh study. budak chemical engneer jugak. so sembang sket-sket. malas nak kacau orang study aku online facebook guna laptop member. roomate dia ok, tengah khusuyuk hafal quran. budak sabah. tapi memang tak banyak cakap, aku dengar-dengar dia amek kos melibatkan islam kot..macam tasawwur la gitu. ntah la, aku tak amek pot sangat.

lepas online facebook nak tunggu 50 minit mesin baju siap, aku usha video online. masuk forum cari, bukak thread paranormal banyak cerita hantu kat situ. normally kalo malam-malam aku takkan baca thread macam tuh. tapi dah semua forum aku usha tak ada yang best malam tuh. so terpaksa baca salah satu thread kat situ. bicara dengan jin, dan cerita close encounter budak-budak forum yang gigih bercerita. pergh seram siot. aku tutup laptop, dan tutup mata. ingat nak lelap 2 3 minit. sampai member aku kejut dah pukul 1 lebih. baju kat dalam mesin dah terbiar lama dah.

aku terus kuar bilek, bawak skali bekas laundry hijau. masa aku kat hallway menuju tangga kat ujung aku perasan somthing sebelah pintu tandas tepi water cooler. aku nampak ada budak kecik duduk peluk lutut, sebelum aku pass dia, muka dia telengkup kat lutut, tapi bila aku lalu je terus dia angkat muka.. perghhh..seram sial, muka putih..aku tak tau nak describe mata cam mane, bukan merah macam biasa tuh, tapi macam mata hitam besar giler, tak de mata putih..dok tenung aku..aku dah cuak da, nak patah balik for sure aku kene lintas balik budak tuh. aku langkah laju-laju terus jalan. sampai ujung hallway ada cermin satu lagi..aku perasan budak tuh ade lagi..dok follow aku..yang tak ley bla skali hayunan kaki dia sama ngan hayunan kaki aku, sama laju, kalo aku langkah kiri dia langkah kiri, kalo aku langkah kanan dia langkah kanan..dalam hati dah baca ape yang patut, tapi semua merapu merepek entah apa-apa ayat yang kuar.. semua tunggang langgang.

terus aku terjun tangga dengan baju tak ambik aku start motor, helmet ntah kat mane, beg laundry aku jatuh kat mana aku tak tau..dah tak berani nak pandang balakang. menggigil tak payah cakap la weh. time tuh badan aku tak rasa ape-ape. yang aku tau nak balik cepat. aku arap-arap giler ada pak gurad kat depan gate kolej 5 nih. tapi haram, biasanya malam-malam kol 12 dia close gate, tapi malam nih tak de plak.

aku pecut terus p bukit angkasa. bump 2 3 aku langgar, sket lagi nak terbabas. lepas sket dari ambang asuhan jepun tuh, sebelum simpang ..ada pokok besar giler..dak-dak um kompem tau pokok mana, tepi jalan setentang dengan TNB punye ibu sawat. memang aku try tak nak tengok kanan. tapi tak tau camner aku terpandang gak..lagi haru siot..benda putih dok bergayut, rambut sampai bawah cecah banir pokok, mata tajam tengok aku..aku buat tak nampak tapi dalam ati arap-arap tak pollow aku..

benda nih memang nak sakat kow-kow aku malam nih..boleh plak dia terbang tepi aku, bukan stakat follow tau..terbang dekat dengan aku, side by side.. nak nanges pon ade, kecut semua anggota tubuh..naseb baek dia ikot kejap je..nampak post pak gurad kat main gate, terus dia blah terbang ilang kat utan sebelah dekat IPG...sambil mengilai..!!

malam tuh aku sampai umah, gigil-gigil..tak leh tido..kol 4 5 pagi baru lelap..perghhh..


p/s: tengs sbb sudi bace..aku cuba siapkan benda nih 2 minggu lepas..malam ni baru sempat siap. and offcos benda nih bukan real..just khayalan aku je..huhuhu

Friday, May 20, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu ke-8


Jozan

 Jambu

Sepah- this is the champion minggu nih...lawak best dan terbaik..


balas- agak dissapointed sgt coz lawak dari internet kot..

R2

Nabil
Man

penyingkiran minggu ke-8


all credited to GuaTv.com

Saturday, May 14, 2011

Jom Layan Gambar Photoshop Terbaik

hahahaha..hot nak mati yang kanan tuh..


sebijik macam actor TVB




hahahahaha..yang ni takbleybla..




waaaahahahahaha..semua cantik-cantik dan hensem-hensem...terbaek..

as you can see from watermark..creadit to www.fans.com.cn tapi bila aku search website tuh tak de plak..actually aku copy dari forum cari posted bykelvinisme84

sila gigit straw lepas minum kat mamak

sekadar gambar hiasan, tak ade kene mengena dengan cerita aku..

dua tiga hari lepas aku p minum kat mamak. tak perlu bagitahu nama kedai tapi dekat-dekat area serdang, seri kembangan. kedai makan okey, stendet kedai mamak macam-macam ada..

so macam biasa aku order teh o beng roti kosong dua. sekadar nak isi perut sebelum gerak p umah kazen aku. actually hubby kazen kuar, outstation so die mintak teman duk umah dia 2 3 hari. takut katanya. sebelum nih tak de ape-ape, tapi 2 3 hari sebelum tuh umah jiran dia kene masuk perompak. habis hilang semua barang, anak bini kene ikat. kompem trauma habis. that's why dia mintak aku teman jap.

so terpaksa la aku ulang -alik dari damansara-pj-seri kembangan hari-hari. ok nak cerita pasal mamak je. lepas balik kerja aku lepak mamak jap. minum-minum. sebelum nih tak pernah pun p mamak tuh. sebab memang banyak choice kat area situh. tapi ari tuh aku singgah jap kedai runcit sebelah kedai mamak nak beli topup. alang-alang dah parking motor baek punyerr... so landing je la kat situ.

kejap je tunggu, dalam 5 minit camtuh teh o beng sampai. baek punyer..!!

tapi yang big turn off nyer..kat ujung straw ade kesan gincu sket. tak de la penuh sekeliling muncung straw tapi sket je..dah macam lap sket ngan tisu...perghhhh..sengal giler..aku panggil balik mamak yang tak berapa reti cakap melayu tuh suruh tukar straw. boleh lak buat muka ketat je. gampang giler mamak..aku agak die recyle straw kot (agak je la, aku tak de bukti depan mata, so kang jatuh fitnah plak). tapi to think that such thing can occur, memang sah-sah aku mintak tukar. so korang lepas nih bawak je straw sendirik kalo p mamak..bukan boleh percaya sangat (bukan semua la) tak pun just order minuman panas, teh tarik ke or minuman dalam tin.

seyesly disgusting kot..agak-agak kalo korang guna straw yang lepas mamat-buncit-gigi-kuning-lepas-isap-rokok sedut kat muncung straw, tak ke macam ko kiss indirectly si mamak muncung berminyak tersebut...?hahaha men kongsi- kongsi plak..perghhh nikmat yang amat kot, romantik..hahaha


and cuba korang bayangkan plak mamak p recycle straw yang dah di gigit-gigit,  yang customer kikis taik gigi, cungkil cebisan ayam lekat celah gigi ke..and korang plak sedut straw tuh..hahahaha..muntah hijau dowh..!!

so nak elak benda nih..lepas nih bila order air gigit je straw..so tak leh dah mamaks nak receycle straw dah..huhu

p/s: bukan semua industry restoren mamak macam tuh, ada je yang ok..tapi tu la, sebab sebatang straw kene kiss habis semua mamak kene boikot...hohohoho

Thursday, May 5, 2011

Bila Si Bodoh Masuk Panggung


anggap korang baca entry nih pada senin lepas (2/5/2011)..huhu, ketiadaan tenet membantutkan aku nak post entry..

adess meroyan siot bila manusia yang tak pernah masuk panggung di lepaskan tengok muvie. bunyik bising nak mampos..gelak tak hengat dunia even scene tak sepatutnya gelak. yang paling annoying this bicthes sembang most of the time dengan geng dorang..kemon la babe..kalo tak nak tengok sila keluar slow-slow dan tak payah nak buat taik dalam hall.

bukan setakat bising kat cuping telinga aku, bontot tak boleh duduk diam. korang bayangkan lah seat aku depan seat dorang, kaki memang ganas.. sket-sket tolak seat aku..kejadah giler..!! and yang tak boleh bla, time thor kuar dari bilek air tanpa baju..perghh..bising makin kuat..tak kan dah klimaks kot baru tengok v line abs si hero tuh (Chris Hemsworth)..sehinggakan merembes tak tentu hala..memalukan la perangai macam tuh..

ok, bitches yang tengok cerita thor kat mid valley pkul 7.30 di hall 12 row M tadi seat 9-12..you're fucking annoying as hell..jangan ingat panggung tuh mak bapak korang punye..kalu darak sangat tok beso masuk panggung jangae wi napok sangat..po bodo jah aku kelih..

ok, entry emo..sebab dorang dah musnahkan hari pekerja aku yang best nih..!! bukan sexist entry, sebab kalo jantan buat macam tu pun aku still tulis jugak..

p/s: review dan komen cerita thor kejap lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...