Showing posts with label pesan. Show all posts
Showing posts with label pesan. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

All The Best


pernah tak korang menyesal dalam idup. pernah tak korang piker yang " if i can turn back time, i'll do this and i'll do that so i won't end up here or like this"

sure pernah kan, aku pun berkali-kali mengeluh bila aku perasan jalan hidup aku pilih adalah jalan salah yang bagi effect untuk keseluruhan idup aku sekarang nih. tapi bila piker balik, ape guna aku mengeluh? sebab jalan tuh dah di tetapkan kepada aku untuk mengharunginya. dah tertulis. bukan nak menyalahkan takdir, tapi sekadar membuang perkataan "kalau" yang sering di gunakan oleh kita. seingat-ingat aku terlalu banyak perkataan "kalau" membuka jalan untuk syaitan masuk.

  • kalo di fikirkan sebanyak mana aku benci jalan tuh, sebanyak tu jugak aku suka. banyak pengalaman yang dah aku kutip.

  • aku takkan pernah resent lagi dengan ape yang berlaku, sebab banyak hikmat yang aku kutip walaupun kadang-kadang kecil.

  • setiap perkara itu tak sia-sia dan ada sebab untuk ianya berlaku.

  • dan kenapa kita jatuh..?? sebab kita akan belajar untuk bangun.

  • sebaik-baik ubat untuk kecewa ialah redha. dan sebaik-baik jalan adalah usaha.

  • sebesar mana keluhan menimpa, aku tahu aku kuat untuk pikul dan terus berdiri..

so untuk kamu dan aku, jangan mengeluh..!! teruskan usaha..

Monday, April 18, 2011

Hidup Tak Selalu Menongkat Langit

Humility is virtue
hidup tak selalu menongkat langit.

entry untuk sahabat..!! kadang-kadang Allah bagi kelebihan untuk kita nak test setakat mana ketakwaan kita dalam menghadapi dan mensyukuri nikmat Allah. ada sesetengah orang bila dah diri mencapai tahap tertinggi, tak kisah la dalam sosial, pelajaran tak pun kerjaya kita lupa dan alpa yang semua tuh adalah kurniaan Allah. so datang perasaan riak, sombong dan bangga dalam diri yang kita adalah yang terhebat, terbaik. tak ada orang yang mampu lawan kita lagi..

sekadar untuk memperingati, hidup tak perlu selalu menongkat langit. kadang-kadang kene tengok bawah jugak. mana la tahu, ada lubang ke, taik kucing ke kat bawah. nanti tak de la kita jatuh tersembam, muka penuh najis. time tu baru la kita nak ingat Allah. teraba-raba cari kawan, sama ada nak mintak tisu lap najis kat muka, tak pun nak mintak tangan untuk bangun balik.

setinggi mana kita gapai bintang, rumput di bumi jangan kita lupa..

    "True humility is intelligent self respect which keeps us from thinking too highly or too meanly of ourselves. It makes us modest by reminding us how far we have come short of what we can be."- Ralph W. Sockman

Sunday, April 3, 2011

Bersabarlah Sahabat

banyak sangat nikmat Allah untuk kita syukuri

tak perlu nak jeles, cemburu dan sebagainya. Allah dah tetapkan bahagian masing-masing. mungkin kita nampak seseorang punyai sesuatu yang best yang selalu kita impikan. tapi benda tu mungkin tak elok untuk kita. Allah maha mengetahui. so tak perlu merungut dan jeles dengan orang lain. just live your life.

hidup tak selalu cerah, tak selalu jugak mendung, hujan dan ribut. itu lah ujian nak test setakat mane powernye ketakwaan kita. dan Allah tak kan uji hambanya melebihi apa yang mampu. kalau kita pikir ujian tu cukup berat untuk kita tanggung.. aku sarankan bersyukurlah, sebab Allah have high expectation kat kita, sebab tu Allah bagi ujian yang berat. Dia tahu kita boleh tanggung, dia tahu kita cukup sabar dan kuat untuk semua tuh cuma syaitan je asyik dok bisik kat telinga kita  bagi tau yang benda tuh terlampau berat, dan tak mampu kita tanggung, syaitan bisikkan yang Allah terlalu kejam untuk bagi ujian seberat tuh terhadap hambanya ..lantas buat kita hilang pedoman, marah-marah dan tak nampak akan nikmat Allah.

walau sekali pun itu bala yang ditimpa atas kita, syukur lah jugak..sebab Allah masih sayang kita, Allah bagi kita bayar cash dekat dunia, sebab Allah tak nak akibat dosa dan kejahatan yang kita buat dulu, di akhirat akan di balas lagi teruk. percayalah balasan di akhirat beratus-ratus lagi teruk dari di dunia. bersyukur. mohonlah kepada Allah, diharapkan bala yang datang tuh adalah sebagai pencuci dosa dan pemhapus segala kecelaan kita dulu. setiap perbuatan baik dan buruk di dunia akan dihisab dan akan dihitung.

jadi, bersyukurlah dengan nikmat Allah. tabah dan sabar, insyaAllah ada hasilnya.

Wednesday, February 2, 2011

Don't Give Up

aku cuba untuk menulis, pikir-pikir untuk tulis pasal kerja, menulis pasal rumahsewa, menulis pasal kawan baru. tapi bait-bait ayat cuma singgah di kepala aku je. tak turun ke jari-jemari. aku tak tau macam mana to put it in words then create sentences. semua bercelaru. nampak gayanya a fresh start yang aku azam kan bakal terkubur macam tu je.

perkataan demi perkataan aku susuh sehingga menjadi satu baris ayat, menjadi satu perenggan. tapi bila aku baca balik, MENGARUT!! terus tekan backspace laju-laju. nak kata tak ada motivasi, memang selalu ade, tak ada material, berlambak kat sekitar aku yang aku boleh tulis.  mungkin aku terlampau comparative kot, bila jalan-jalan usha blog orang. aku rasa dorang hebat..!! lalu compare dengan blog kecik aku nih... aduh!!! segan siot nak publish..

heheh..tak pe..aku cuba lagi...jangan give up..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...