Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Bontot Dalam Botol- Komen



amboi tajuk memang tak menahan kan..haha..tak de, aku cuma tak tahu nak letak ape kat dot dot tuh..dan memang filem eksperimen sampai tahap tu kot..baik siket dari dua alam dan jugak sifu tongga (kot?!)

ni la cite kedua kitorang marathon..aku dah janji aku nak follow je ari nih..member yang decide, so just tengok je la..ape-ape pun still nak komen jugak..

ok la bab teruk-teruk dulu la ek..nanti part-part best sket aku puji kat ujung-ujung..hhahaha..

ok..first..lakonan..?? hmmm..sape kah gerangan bontot dua ekor tuh..adesss..yang jadik ruby memang keras dan kejung..aku tahu, ni first time dorang, tapiiiiii..kayu sangat la dowh..bukan aku tak nak bagi chance kat pelakon baru, tapi kayuan jelas terasa sehingga aku nyaris asyik usha jam je..seriusly memang tak berbaloi untuk tengok pelakon tersebut..

dari segi skrip..memang fail, aku dengar-dengar skrip si raja azmi yang buat..pergh...fail secara epic kot..budak-budak kat panggung tiap kali dengar si ruby cakap memang gelak.. bukan sebab scene tapi sebab skrip. dalam panggung tadi pun bising-bising siap ade orang cakap-cakap lagi..sayang sekali sebab jalan cerita memang dah mantap dah.. kisah lelaki nyah yang buang anu sebab kompius identiti.

dari segi teknikal pulak..adesss..aku peminat cerita indie, yang tak de muzik, sebab ianya membenarkan kita menyelami perasaan pelakon dan setiap scene, tapi filem nih..memang muzik just tak kena, senyap terlalu lama, sehinggakan bosan giler..dan muzik awal-awal masa ruby tengah mandi. aku macam, watdefish...???? muzik annoying giler dan membingit telinga..

lagi satu, kamera angle pun fail jugak..ni fist time filem kat panggung aku tengok yang banyak giler elemen penting fail di deliver. most of the time, kamera terlampau focus dengan zoom watak. aku paham, mungkin pengarah try nak convey perasaan dengan mimik muka since muzik latar tak ada, tapi kalau pelakon stiff giler, seolah-olah korang tengok pokok balak yang di zoom lama-lama yang boleh bercakap. kadang-kadang di zoom sehingga korang boleh bilang bape kedutan kat muka pelakon, nasib baik tak de taik idung terlekat ke ape..seriusly..!!

pasal kamera jugak. awat susah sangat nak gune standing shot yang lebih stable. lagi sekali aku suka untuk hand kamera tapi kalau gegar lebih dari orang sakit parkison memang hangin siket. seolah-olah korang tengok cerita yang di buat macam basuh berak kat bontot tak cuci..main lap dengan tisu. tak siap dan persis budak course multimedia yang buat movie untuk esement (sesetangah dorang ade lebih mantap). di buat caca merba..!! main nak cepat release tanpa check kualiti dulu.

aku tak paham, raja azmi bercakap pasal moral value yang nak di tunjuk. tapi aksi peluk-peluk antara lelaki dan separa bogel, urut mengurut memang tak sesuai untuk di jadikan moral..agak ironi kat situ kan..lagi satu aksi atas katil yang dina dan ruby hampir bercium..adesss..

ok dah pasal komen.. best part pulak. lakonan ibu ruby memang meletops, normah damanhuri dan juga ibu dina, ogy ahmad daud.. dua orang ni lah penggerak cerita nih, yang bagi jiwa dan emosi di hujung-hujung. part dorang nih memang aku terharu giler..dan best sangat..(cuma part ibu-ibu ni je la)

citer nih ade jugak selit adegan komedi..memang lawak motor jugak bila kaum-kaum ibu nih yang merempit bawak si ruby ke mesyuarat kampung (kot?). dan aksi dalam tandas masa khir rahman muncul time ruby dan balak die tengah gaduh..sayang sungguh, jalan cerita die memang best, tapi olahan skrip, editing, kamera shot dan pemilihan muzik menjadikan filem agak membuang masa.

penutup: aku rasa cerita ni hanya sesuai di tayangkan di youtube je.. macam cerita chukang, bukak api dan jugak comolot (hahha..camner aku boleh tahu semua cerita nih..???!!). dengan editing separa siap macam nak tak nak je buat kerja..adess..memang tak layak langsung masuk panggung..!!!

aku bagi 1.5 bontot dari 5 bontot penuh..tu pun sebab kaum ibu-ibu dan ke-hot-an diana danielle..and to khir rahman, it's along way to go untuk jadi director..better you stick with acting sebab saya adalah peminat anda selepas menonton anda dalam merong mahawangsa..!!!

sebab semua orang bagi alasan nak tengok citer nih sebab ade moral value..nih aku sinopsiskan siket pengajaran..ok2 jangan potong anu kalo dah gay, mane tau nak kawen ke nanti kan..lagi satu jangan percaya kat lelaki sangat sampai bagi duit lam bank, bagi kete semua..ibu bapa jugak yang lebih memahami dan tetap sayangkan kita walupun kita lebih kan sayang kita kat orang lain..hmmm..kepada pejuang filem tanah air, dah aku ade puji bodek siket, sila jangan kutuk aku balik..







p/s: having so much fun dengan kawan-kawan tadi..

Filem Cun- sedikit Review dan Komen


adesss..berweekend-weekend bersama kawan-kawan. tadi kitorang 3 orang tergedik-gedik merayau ke KLCC.. ingat nak beli tingkap ngan tengok movie je..hahaha..perghhhh berhabisan enjoy hari nih..marathon 2 movie kot..huhu

ok la sket review dan jugak komen. first movie citer Cun, dari Osman Ali. lakonan Remy Ishak, Maya Karin, Faezah Elai, Mislina, Ning, Kartina Aziz, Jehan Miskin dan jugak 3 orang bapok berserta awek parut BCG besar. huhu (ops!!)

kesah cinta macam biasa, pelakon or pengaraca popular Luna (maya) try nak carik ketenangan dengan bercuti kekampung PA dia (faezah). kisah cinta start ngan Atan (Remy) then kene ganggu dengan producer giler rating (ning) dengan pelakon playboy (jehan). lepas kisah cinta berputik, lagi seklai typical citer cinta dua darjat, ade adegan break at end dengan tragis sebab salah faham and then sambung balik secara romantik. ok dah sebagai review..kalo nak detail just usha type "review Cun" kat google..berlambak kot..

kat sini nak komen sket..actually masa pergi tadi memang tak rancang langsung nak tengok citer nih. aku just jadik pak turut je, memang aku tak tahu nak decide citer ape yang best-best.so just follow the flow. aku memang tak expect langung dengan cerita nih. so masuk panggung tadi otak aku memang bersih, pure giler dari segala expectation dan jugak prejudis.

first thing aku nak cakap..marbeles..!!!! mantap gilerr kisah cinta.. walaupun jalan cerita memang typical habis tapi emosi dan perasaan antara remy dan maya memang purely genuine. memang korang boleh nampak dorang betol-betol bercinta dalam filem tuh. cara pandang each other dan cara cakap, pegang dan reaksi semua memang betol-betol pure.respek habis to those two yang dah menzahirkan perasaan cinta kat penonton. super duper romantik, memang sesuai bawak awek tengok, tapi kalau korang start nangis-nangis untuk sesetangah scene tuh, try la kaver sket..jatuh ego dan macho secara merudum...hoho

lagi satu lakonan semua pelakon (tolak maya dan 3 orang bapok yang extra) memang mantap. especially Manis (actually aku tak tahu sape name die) memang lakonan yang berkesan, faezah plak buat aku nak belajr loghat kedah..so sexy aku rasa bila dia cakap kedah. lagi satu as expected dari feveret pelakon aku kak mislina dan akak gemok kiut yang aku tak tahu name..memang terbaik bawak watak bedah tonggek, menghidupkan adegan komedi, tiap kali dorang muncul satu hall gelak. still tak boleh lupa scene rempit akak gemok kiut di tepi sawah, siap boleh buat aksi superman lagi kot..lawak epic gile khinzir dowh..

dari segi teknikal, shot kamera dan jugak angle kamera terbaik. scene yang memang cun..penonton dalam panggung dah start bising bila scene sawah padi, tali air. semua macam " wahhhhhh...best giler main air sawah padi" "wahhhhhh..cun giler tempat". dari segi skrip ok la, cuma maya sket agak kayu balak siket. mungkin sebab accent dia agak kebakuan. untuk hati malaya dan jugak pontianak dan pisau cukur memang sesuai dengan accent macam tuh. tapi dengan cerita romaktik komedi memang big time spoiler.


ape pun faezah dan jugak maya karin memang hot dan panas..most rekomended..!! terbaik dari kampung ayer mata kedah..!!!
panas giler..!!!


p/s: citer kedua ....dalam botol..hmmmmm

Thursday, March 31, 2011

Seni Itu Indah- Interlok


bagi tiap-tiap orang penulis, hasil tulisan dorang anggap seni. seni yang dorang bersusah payah pikir dan karang. sama jugak dengan lagu, arca, lukisan. semua tuh adalah seni. aku rasa mesti dorang sayang giler akan seni karya dorang. same macam aku, walaupun bukan nyer reti sangat menulis, walaupun entry cacar merba, walaupun post aku cam lemau biskot merrie sekali pun, aku tetap suka. dan aku takkan sesekali suka orang senang-senang nak ubah seni aku, walaupun buruk orang tengok, at least dia kuar dari benak otak sengal aku nih. aku takkan sesekali bagi orang alter, ubah ikut sedap perisa mak bapak orang. kalau suka, korang baca..kalau tak suka, tak ape..tak payah baca..aku memang tak kisah.

so sekarang ni aku nak komen pasal interlok, bukan nak beremosi sangat. dari dulu lagi aku nak komen benda nih. actually kalu ingatkan blog baru nih aku nak bebaskan dari unsur dan post-post berkenaan dengan politik. tapi yang nih aku memang tak boleh tahan lagi. memang nak kene tulis dan komen jugak sedikit sebanyak.

interlok tulisan Sasterawan Negara Abdullah Hussin, baru-baru jadi kontroversi sungguh bila ada perkataan dalam tuh yang merujuk kepada segolongan kaum yang dikatakan menghina dan merendah-rendah kan dorang. aku tak salahkan dorang, itu dorang punya hak untuk tidak mahu digelarkan dengan perkataan tuh. aku tak kisah. tapi bila ada satu panel yang di tubuhkan untuk mengkaji balik dan ubah balik novel tersebut. aku rasa itu sudah melampau.

suka suki je orang lain mahu campur tangan ubah-ubah seni yang dihasilkan oleh penulis tersebut. memang bagi aku agak kurang ajar dan biadap. itu adalah hasil karya, dari buah fikiran yang aku rasa peulis tak tido beberapa malam, struggle untuk tulis senaskah novel. tapi at the end kene ubah sebab segolongan orang tak suka ianya dijadikan teks kesusateraan di peringkat sekolah.

sebagai contoh yang lagi senang nak nampak. bayangkan lukisan yang dah siap tergantung di dinding pameran sebuah dewan, tiba-tiba ada pengunjung ternampak dan berasa terkilan dan terguris dek luisan tersebut. lalu komen kepada pengarah dewan untuk ubah lukisan tersebut. dan dengan sewenang-wenangnya lukisan di turunkan dan di cat di lukis di conteng kembali tidak mengikut jiwa asal dan terjemahan hati pelukis asal. agak-agak tersentak tak..??

maaflah, bukan aku tak concern dengan perkataan tu dan jugak hinaan yang mungkin dorang rasa. tapi untuk pendapat aku, dan kalau itu karya aku. aku lebih rela untuk novel itu tak jadi rujukan buku teks budak sekolah. sebab aku pandang tinggi dengan karya aku, walau selemau dan sesengal mana pun hasilnya. aku tak rela orang ubah, sebab masa aku tulis aku ceritakan dari hati aku. aku letak identiti aku, dan aku letak jiwa aku dalam tulisan.  masih lagi banyak novel-novel bagus dari penulis-penulis kat malaysia nih yang boleh di jadikan rujukan untuk teks sekolah.

dan to be fair aku memang dah baca novel tersebut. cerita satu malaysia yang bagus memaparkan rakyat malaysia pada waktu susah di zaman penjajah dulu. mungkin aku agak exagerate benda nih, dan mungkin jugak penulis asal tak kisah novel di ubah, tapi atas dasar seni...ianya dah merobek jiwa, identiti dan jugak hati yang di letak dalam novel tersebut sewaktu penulis menghasilkan karya..

so, kalau tak suka...cari novel lain untuk diganti dengan interlok di jadikan teks sastera sekolah. dan aku juga bukan pencacai yang defend interlok, aku juga bukan pencacai yang kutuk interlok..seni itu indah kalau kita pandai tengok, pandai baca, pandai rasa, pandai dengar, dan kalau kita pandai pikir.

click untuk tumbesaran penuh


p/s: sekadar pendapat 2 sen aku sahaja. maaf la kalau terlalu emo di petang yang syahdu di perdu rindu nih..huhu

Sunday, March 13, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - Komen

*ok, ni komen aku jek bukan review, sbb dah belambak dah blogger tulis, review pon lebih kurang sama je.

petang tadi tercapai jugak hasrat aku nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). hahahahah..aku nak gelak dulu baru tulis komen boleh..??

hahha..ok ok..!! dah-dah, sekarang tarik nafas, dan hembus ikot belakang (pastikan takde orang mahupun tumbuhan dan haiwan di sekitar). petang tadi keluar p mid valley. ye la sorang diri jee..semalam dah kuar, tapi tgk orang berbaris bagai nak rak..beli barang ape yang patut kitorang terus blah.

kepada penyanjung dan penyokong filem bangsa, relek dulu ek..aku kutuk kritik sket dulu, nanti kat ujung-ujung aku puji la siket-siket. that's so called The Malay Chronicles. aku tak  nampak logiknya nama tersebut. sefaham aku, the chronicles ni maksud dia kronologi sesuatu plot mahupun sesuatu tamadun. kalau kat sini, kronikal bangsa melayu, asal usul, susur galur, jalan cerita bangsa melayu kat malaysia sekarang (semenanjung emas- dalam HMM).  yang aku tak paham, asal nak kene namakan the malay chonicle, sedangkan cerita berkisar pada putera rom, puteri cina, dan juga decendent Alex the Great yang akhirnya menjadi raja di negeri langkasuka. dan kalau ikutkan jurai keturunan merong ni, di pass kan kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat dan seterusnya Raja Seri Mahawangsa yang seterusnya meninggalkan takhta kepada Raja Seri Maha Inderawangsa dan Raja Bersiung. era keislaman datang masa pemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudian dikenali dengan nama islam Sultan Mudzaffar Syah. (rujuk mykedah2)jelas sekali ini adalah kronologi kesultanan kedah (langkasuka) bukannya kronologi melayu. awat tak namakan the sultanate chronicle.

ok, la persetankan sejarah, mitos dan legenda semua tuh. memang mengelirukan dan memang mengantuk..!! lagi pun ikut suka KRU la kan nak buat cerita macam mana. balik kepada cerita HMM. memang salute aku dengan kerja anak watan, mampu menjana suatu karya cinematograpy yang tinggi dalam menyampaikan cerita. penuh aksi dan debaran. ok bab negative dalam scene. selain di penuhi kayu-kayuan jati, cengal dan meranti dalam cerita tuh, keserasian antara putera rom dan merong amatlah pelik. aku rasa janggal sungguh tengok aksi atas bot, awal-awal tuh. entah, susah nak terangkan.

lagi satu aksi tak masuk akal, time geng-geng merong di serang kat kingless land, tepi pantai tuh. merong naik atas menara peninjau. so lanun-lanun ni, goyangkan menara sampai tumbang. at last, semua lanun mati..kononya di hempap oleh menara buluh tersebut. ye la KRU nak mamposkan pelakon-pelakon extra untuk tunjukan yng merong ni sole survivor aku paham..tapi agak-agak ar beb..haha

satu je lagi scene yang aku nak kutuk..time merong gune Archimedes trick untuk kalahkan lanun-lanun masa dorang lancarkan counter attack..hahahaha..part nih aku gelak dalam hati, tak mau ganggu aweks sebelah tengah kusyuk usha dada si Stephen Rahman-Hughes terganggu. perghhh..boleh mampos terbakar segala lanun-lanun terkena pantulan cahaya matahari dari cermin merong.hmmm ok la, kalo korang nak percaya. telan je la...!!

actually banyak lagi nak kutuk, tapi ye la kan..kang orang cakap aku tak sokong cerita melayu plak kan.. ok, bab lawan-lawan memang mantop, aku salute kerna mampu memaparkan aksi separa-real diawal-awal untuk appetite aku di hujung minggu. (kecuali aksi terjun dan lompat). lakonan yang paling menonjol adalah Embok (ummi nazeera), Kemawas (Khir Rahman) dan Ying Ying (yang ni memang best lakonan terbaik dengan emosi boleh la nak kaver kayu balak dan cengal yang diambil oleh KRU.

lagi satu, aku teruja giler dengan scene lawan terakhir, yang tu memang cerita melayu lain tak boleh nak challenge dah. memang super-real. seriusly aku enjoy giler-giler bab nih. (buangkan scene puteri cina menjerit yang dia dapat ambil tangkal azimat dari Kemawas). watak jehan kalo di panjangkan perwatakan lagi best, sebagai hero ke lima keenam pon boleh jadi.

overall, filem aksi yang best dan selingan kelakar sket-sket dari ying ying. dan diharapkan melalui filem ini KRU dan ramai lagi produksi tempatan mampu melangkah jauh bukan sahaja dari segi effect, graphic, cgi tapi dari segi kekuatan penceritaan, perwatakan dan script. apa-apa pun umi nazeera memang comel dan kiut terpikat habis..ape lagi korang, p la kat panggung dengau sound effect dorang...kang kuar kat astro first kalo tb korang ala-ala vintage sket..memang spoil sungguh. haha



p/s: tengah  megadjust tengkuk lagi nih..gara-gara duduk row depan belah kiri skrin..adesss..p kerje dengan kepada teleng esok..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...