Friday, June 24, 2011

Jom Berkaraoke..??

weekend suppose to be the day untuk rehat-rehat minda dan emosi..but i have to listen to those awfull voice yang karoke siang malam for the sake of celebration untuk wedding instead..?? errrr perlu kerr sumer tuh..?? aku still tak paham how these people's mind work..

tiap kali nak kawen perlu ker nak gebang siang malam dengan karoke..tak pernah fikir ker akan menggangu jiran-jiran yang penat kerja siang malam on weekdays and nak berehat weekend. aleh-aleh terpaksa dengar musik kuat-kuat macam nak pecah telinga dengan suara penyanyi-sampah-suara-buruk-macam-tahi. please la, bila duduk flat, please considerate siket dengan orang sekeliling.

dan aku still tertanya-tanya perlu ker nak karoke bukak lagu kuat-kuat time nak kawen (even sehari belum sanding pun karoke gak). dan yang tak bleh blah, sumer makcik-makcik pakcik-pakcik jek nyanyi joget2 kat depan..pastu budak-budak dok ikot kat bawah..amerika la sangat kan...!!!

please kalo ade orang luar dari kelantan sila paham kan aku yang sengal bodoh nih, "asal kene karoke siang malam time nak kawen, ape releventnye..?? kalo tak karoke tak sah ke kawen tuh? ke tak meriah..??" sila-sila..aku rasa kat kelantan tak de la nak semegah tuh kot kawen. berarak-arak dua family dan sanding pun cukup..bahagia ke anak cucu jugak.

Thursday, June 16, 2011

Kamu Yang Aku Sayang

hmm..kalo pikir time 5 6 tahun dulu, hidup bercinta memang syok giler kan. aku rasa most of people pernah rasa kan, pernah alami sendiri. sedikit cerita aku (actually panjang sket kot)

actually aku kenal dia time aku tingkatan 1 lagi. di sekolah kat pantai timur, masa awal-awal macam biasa la gaduh-gaduh and it turns out that we are best buddy lepas tuh. lepas aku pindah sekolah masuk mrsm kat negeri sebelah, hubungan kawan kitorang makin rapat, mostly every weekend aku bergayut. dulu mane ade handphone, kalo ade pun orang-orang tertentu jek. so lepas baca yasin malam jumaat terus aku p public sebelah pejabat HEP. bergayut bukan main lama lagi, sampai kene kejar ngan pak guard maktab. lepas kol 11 tak leh da merayau-rayau kat BA (bangunan akademik) pastu tak leh pakai pelikat ngan selipar jepun kat situ. 

hubungan kitorang cuma kawan, tapi mungkin lebih dari tu kot..

lepas spm aku dapat handphone, masa tuh mostly remaja seumur aku pun ada enpon sendiri kot. kitorang tak start bergayut kat public phone da, men mesej-mesej bergayut kat enpon. kali ni lebih private sket kot..hahaha

antar mesej pun nak-nak romantik jek, dah macam pasangan kekasih da. tapi kitorang tak declare lagi. aku masih lagi tak brani nak tanya lebih. just mesej-mesej sayang-sayang macam biasa.

alhamdulliah lepas result kuar aku dapat masuk matrik, nak pulak kitorang dapat matrik yang sama, nun jauh kat utara. happy tuh tak payah cerita la. sekali lagi hubungan makin ok. maklum la dok blajar sama-sama lagi skali. amek kos pun same jek, cuma kelas dia kat sebelah. tak skali macam sekolah menengah dulu.

masa minggu orientasi macam-macam aktiviti dorang buat. tapi still kitorang tak selalu face to face sangat. just main mesej jek, tapi still teman tapi terlebih mesra. aku tak berani lagi nak masuk jarum walaupun petang-petang kuar joging sama-sama(okeh aku dulu memang rajin kot joging kat matrik dulu..hahaha)

aku ingat g time minggu ape ntah kat matrik dulu, macam minggu sukan kot. dorang bagi-bagi orang ikut kaler masing-masing. macam rumah sukan sekolah tadika camtuh kot. kitorang tak sama rumah, and then pihak matrik ada jemput budak-budak buat persembahan, ala-ala gimnastik macam tu kot.. maen-maen tali..kecik lagi..hebat tol..tengah kusyuk dok tengok budak-budak, tiba-tiba dia mesej

"awak, tengok depan..hehe :)" aku pandang depan. perghhhh hamba Allah paling cantik tengah senyum kat aku then lambai-lambai. aku rasa lucky giler, dalam ramai-ramai orang kat situ, aku rasa dia la manusia paling cantik dan manis sekali. nak je aku canang satu padang yang dia tu "kawan" aku. aku senyum ala-ala monyet terencat jap..

lepas 3 minggu aku kat matrik, aku dapat tawaran ke satu university kat malaysia nih. dengan berat ati nak blah aku terpaksa jugak. last kitorang kuar, jumpa depan library je time tuh. ala-ala dating tepi taman yang tak brapa nak banyak pokok-pokok.

sessi amek picture, satu je picture aku sempat tangkap. tu pun gune kamera old skool, gune kodak lagi time tuh. sweet giler aku rasa tapi at the same time, malam nih aku dah nak blah da. sedeh tak payah nak cakap la weh. tak leh da tengok muka sweet die, senyum-senyum sumbing kat aku, ala-ala perempuan melayu terakhir camtuh.

lepas aku blah, still kitorang berhubung lagi. mesej-mesej. so suwit, alah macam pasangan skang nih, memang tak leh lepas ngan enset. pantang bunyik sket, senyum sorang-sorang sambil baca mesej. bergayut sampai pagi, semua masalah aku cerita, kitorang kongsi sama-sama..heaven giler..!!and bila dah dok jauh nih aku rasa berani sket.

one nite aku terus "propose" untuk declare. tak sampai 2 3 minit die reply "yes, definitely". so kitorang declare tarikh penyatuan kitorang secara rasmi 1 muharam.

tapi lepas kitorang declare aku rasa pelik jer. hubungan tak macam sebelum nih. kejap-kejap gaduh, pastu gaduh lagi. tapi biasa la kan, hubungan mana tak di landa badai, tapi still kitorang boleh harungi lagi (agak skema lak ayat..hahaha)

lepas 3 4 bulan rasmi hubungan kitorang, aku cuti balik kg. time nih budak-budak matrik pun cuti gak. so ambik kesempatan untuk kuar dating. macam biasa best sangat-sangat even kitorang kuar kejap jek.

tapi aku still rasa something, tak de spice lam hubungan kitorang. cepat giler aku rasa bosan. and start tak reply mesej dia. alasan, "tak de kredit" one day dia mesej aku, aku just ignore je. dia kol aku cakap busy tak sempat nak sembang lama-lama.

and nak di jadikan cerita, time tuh aku kuar ngan mak aku pergi pasar beli barang-barang dapur. mak aku masuk pasar aku just tunggu kat luar je, jumpa lak member kitorang, satu kelas dulu, nama Ina. aku just senyum-senyum je la, tak de nak tegur-tegur sangat.

tak lame lepas tuh Ina antar mesej " salam, amboi dating ker...??  tunggu awek ek?"

aku just reply macam biasa, cakap je teman mak beli barang. then die reply balik

" alah malu-malu la plak, kite da tau da awak ngan si dia tuh, tak yah la nak sorok-sorok..huhu"

aku dah start menyirap da, then aku ignore..minah nih memang kaki kepoh sket. ingat habis sampai tu je

malam tuh dia kol, dia cakap Ina mesej tadi
dan ina ade ceter jumpa aku ngan awek kat pasar (dia still ingat aku kuar ngan awek aku). lagi sekali kitorang gaduh, kali ni sumer benda-benda meleret berkait-kait. masing-masing nak pertahankan ego dan terkeluar perkataan yang tak sepatutnya yang buat kitorang ambik one step back. clash..!!

2 3 hari tanpa dia, okey lagi..tapi bila dah sampai seminggu aku tak sedap duduk. buat ape-ape pun rasa macam tak lengkap. maklom la sebelom nih, tiap-tiap masa kitorang maen mesej jek. tangan tak lepas ngan enset. tapi lepas hari tuh senyap je, tak biasa lagi. kejap-kejap aku tengok enpon..harap-harap dalam hati dia akan mesej.aku nak start mesej tapi ego tinggi giler, mesej dah siap taip, tapi bila nak tekan sent..aku macam tak boleh ego, tak membenarkan aku. agak bodohkan..

hati tak keruan tak payah cakap, rindu sangat dengar suara dia, aku nak sangat dengar dia gelak..seyes comel kalo die gelak. die jenis kalo gelak memang tak kontrol-kontrol tapi tangan akan tutup mulut pastu mata dia akan sepet sket..perghhh aku rindu giler..

nak tak nak, ego aku campak jauh-jauh..terus aku call dia. tak de orang angkat, merajuk lagi kot. aku kol kali kedua..sama jugak, aku antar mesej..tak di reply. aku tahu dia sakit hati dengan kata-kata aku. menyesal pun memang tak guna kan. adat remaja, yang tak tahu sangat nilai-nilai cinta. aku biarkan dengan harapan dua hati ni akan sembuh satu hari nanti dan lubang di kedua-dua hati ni di isi kepingan hati yang lain. mungkin luka di hati dia dah sembuh, dah ditampal dengan kepingan hati yang lagi bagus dari aku punya..tapi hati aku masih lagi luka, lubang masih lagi tak terisi dan parahnya macam semalam ia dihiris.

and sampai sekarang aku rasa loser sangat, masih menunggu dia..masih menunggu senyuman dia, dan gelak tawa dia. pernah aku cuba tampal hati nih dengan kepingan hati yang lain, tapi ianya tak sama. tak fit betul-betul at last kepingan hati tuh cuma merobek lagi besar luabng yang sedia ada. adesss..

p/s: lagi sekali cerita nih hanya rekaan sahaja, tak ada kene-mengena dengan yang hidup mahupun dan meninggal.  kalo ni cerita betul for sure, aku takkan senang-senang lepaskan orang paling sweet, cantik dan bagus macam dia. dan kalo ni cerita betul mungkin aku tak cukup bagus untuk seseorang yang hebat macam dia. dan kalo ni cerita betul pon, aku harap die jumpa seseorang yang sepadan dengan dia, dah mampu jaga hati dia, dan tak buat dia menangis macam yang aku pernah buat dulu.

adiosss..!! sorry entry panjang plak..

Saturday, May 28, 2011

6 Blogger and Blog Best


ok, this post have been sitting on my dekstop for about 2 3 weeks already.. tak tau nape tapi susah sangat nak publish post nih.

masa aku mula-mula start blogging untuk blog lama lebih kurang 4 5 tahun lepas. ada dua tiga blog yang memang tiap-tiap entry dorang aku baca. sampai habis. mostly blog pasal info tak pun pemikiran yang buat kita berfikir di luar kotak and for fun..

antara blog best yang aku suka adalah arwah yasmin ahmad, the stroyteller blog arwah memang best, banyak info. and tiap kali aku bukak page arwah, sedih giler..ingat lagi citer baru dia yang tak sempat finish..she's so proud of her works and her fans also does..banyak lagu-lagu dia kongsi, citer-citer and ada satu aku donlot lepas die promot..citer jepon "the departure" memang best..!! lagi satu blog "kotak-kotak mencarut" dari amer yusof. aku tak tau kat mana mamat tuh sekarang nih. dah bertahun dah tak update blog. mamat uniten (dulu) pernah aku add dalam facebook, tapi sekarang bila aku usha balik dah tak ada dah. mungkin dia dah "unfriend" ngan aku dah. tapi bila aku search name dia kat google memang langsung tak de. aku pernah spend berjam-jam kat blog dia, dari current post sampai older post. semua aku terjah.

lagi satu blog best dari ms weed. cikgu sekolah private kot, cikgu seni. sekarang nih masih lagi aktif. cikgu yang memang sempoi. kan best kalo dia yang ajar aku..hahahha..mostly ms weed cete pasal student die, pasal lukisan, pasal malf(sampai skang aku tak tahu menda ape malf nih), rambut kembang (sekarang dah jadi mr-rambut-tak berapa nak kemabng dah), lukisan dan jugak pasal band-band yang aku tak pernah pun tahu akan kewujudan dorang..hahah...

blog zahiril adzim pon best jugak. memang artis yang terbaik kot. sempoi jek. tiap-tiap entry beliau pun best-best. ari khamis lepas dia ade buat meeting dengan fan tengok sangkakala (kot). ingat nak join 2 kaki tapi ujung-ujung bulan nih, malas je nak gerak p mana-mana. aku jumpa blog mamat nih sebelom femes dengan citer "kami" lagi..best giler, tapi skang nih kurang sket dah update, busy kot..almaklom la aktor femes dah..btw, this is one particular actor yang aku minat giler..

lagi satu blog onomatopoeia dulu nama jurnal sang arian. aku follow as silent reader jek. tak pernah komen, tapi memang tak pernah miss tiap-tiap entry. tak perlu entry panjang berjela macam sesetengah blogger popular tuh, tiap 2 jam nak update blog, tapi orang still melekat jugak. satu lagi, blok konotasi (bukan typo, memang dia eja blok). cikgu sekolah jgak..selalu cerita pasal murid-murid beliau..dan mostly entry pendek-pendek buat korang terpiker-piker lepas baca. aku suke kisah budak adamantium dan aksi-aksi student lam kelas..

mostly blog dorang aku tak kisah nak spend 2 3 jam mengusha archieve dan satu persatu entry aku baca. walaupun kadang-kadang tajuk relek jek, tak de gempak-gempak macam yang aku mostly BW kat gengblogger,tapi still buat orang datang lagi.and mostly jugak la aku jadik silent reader. sumer aku tak pernah komen, just baca dan piker sendiri. bukan tak nak komen, tapi aku just tak tahu nak komen ape. memang bab-bab small talk aku fail. tak reti nak berbasa basi.

ok, ni antara je la. banyak lagi kot blog best-best..cara tulisan dorang, interaksi dorang dan jugak taste dan touch untuk sesuatu isu tuh buat aku nak datang lagi. bukan sekadar blog walking, siap blog lepak yang wajib kot.

Friday, May 27, 2011

Maharaja Lawak Minggu 9 (Full)



ok gracias to GuaTV channel sbb gigih upload the ML earliest everyweek..you guys are welcome to subscribe channel dorang...terbaik..seyesly aku tak sempat lagi nak usha each persembahan this week tgh donlot...so just enjoy..ok ni just persembahan each performers je, yang intro takde, kat channel dorang ade kot..aku just tak masukkan kat sini je skali ngan kedudukan undian...

kumpulan Balas


kumpulan Sepah


kupulan Jozan


kumpulan Jambu


kumpulan R2


Nabil


Penyingkiran



p/s: enjoice...!!

Sunday, May 22, 2011

Kisah Seram UM Kolej 5



setiap malam minggu aku akan ke um untuk buat laundry, basuh baju yang dah di kumpul sepanjang minggu. nak tunggu basuh tangan, adesss..hati pedih nak thaan..malas bebenor.

so merempit ke um adalah jalan terbaik. cepat, boleh basuh dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa, dan murah.

jadi, malam semalam. hari jumaat malam sabtu aku bonceng moto legenda 115 z ke um di kolej lima. mesin basuh cuma dua tapi lebih murah berbanding di kolej sebelas. dulu aku baush baju di kolej sebelas kolej ungku aziz. mesin basuh kat sana ada tiga, tapi yang boleh guna cuma satu je. tu pun tiap kali aku p ada je baju kat dalam yang tak di ambil orang even dah berjam-jam dah siap cuci. so aku terus proceed ke kolej 5. senang!

macam biasa, lepas muatkan baju dan sabun serta vanish dalam mesin basuh aku naik tingkat satu lepak bilek member. kebiasaannya lewat malam baru available mesin basuh, agaknye sumer budak-budak hostel macam aku jugak kot. weekend baru basuh baju. so slow-slow aku naik tingkat atas, cuma aras 1.

macam biasa di musim final exam. keadaaan di kolej sunyi, tapi lampu dari bilek masing-masing tetap terpasang. stay up barang kali. aku terus bergerak ambik turn sebelah kiri dari tangga. di hujung hallway ada satu cermin besar, separas lelaki berdiri. aku tak tahu fungsi cermin kat situ. so bila jalan sepanjang hallway mata aku akan tertumpu kat cermin di depan. mimik cara aku berjalan,. aku betul kan sket lagak. bagi macho siket bila jalan..hahaha

sampai 2 3 meter dari cermin aku perasan ada orang follow belakang, tapi aku tak nampak sangat, sebab badan aku pun dah besar sangat. kaver bahagian belakang, so tak nampak siapa. aku ignore, mungkin ada pelajar kuar bilek nak p tandas kot. tapi bila aku pusing kanan nak masuk bilek member aku, aku tengok tak de orang pun. alah mungkin perasaan je kot. untuk pengetahuan korang kolej lima blok A ni agak kedalam sket, so bahagian belakang tuh area hutan sket. agak gelap dan menyeramkan waktu malam.

aku terus ketuk pintu bilek member 307. tak tido lagi. tenagh study. budak chemical engneer jugak. so sembang sket-sket. malas nak kacau orang study aku online facebook guna laptop member. roomate dia ok, tengah khusuyuk hafal quran. budak sabah. tapi memang tak banyak cakap, aku dengar-dengar dia amek kos melibatkan islam kot..macam tasawwur la gitu. ntah la, aku tak amek pot sangat.

lepas online facebook nak tunggu 50 minit mesin baju siap, aku usha video online. masuk forum cari, bukak thread paranormal banyak cerita hantu kat situ. normally kalo malam-malam aku takkan baca thread macam tuh. tapi dah semua forum aku usha tak ada yang best malam tuh. so terpaksa baca salah satu thread kat situ. bicara dengan jin, dan cerita close encounter budak-budak forum yang gigih bercerita. pergh seram siot. aku tutup laptop, dan tutup mata. ingat nak lelap 2 3 minit. sampai member aku kejut dah pukul 1 lebih. baju kat dalam mesin dah terbiar lama dah.

aku terus kuar bilek, bawak skali bekas laundry hijau. masa aku kat hallway menuju tangga kat ujung aku perasan somthing sebelah pintu tandas tepi water cooler. aku nampak ada budak kecik duduk peluk lutut, sebelum aku pass dia, muka dia telengkup kat lutut, tapi bila aku lalu je terus dia angkat muka.. perghhh..seram sial, muka putih..aku tak tau nak describe mata cam mane, bukan merah macam biasa tuh, tapi macam mata hitam besar giler, tak de mata putih..dok tenung aku..aku dah cuak da, nak patah balik for sure aku kene lintas balik budak tuh. aku langkah laju-laju terus jalan. sampai ujung hallway ada cermin satu lagi..aku perasan budak tuh ade lagi..dok follow aku..yang tak ley bla skali hayunan kaki dia sama ngan hayunan kaki aku, sama laju, kalo aku langkah kiri dia langkah kiri, kalo aku langkah kanan dia langkah kanan..dalam hati dah baca ape yang patut, tapi semua merapu merepek entah apa-apa ayat yang kuar.. semua tunggang langgang.

terus aku terjun tangga dengan baju tak ambik aku start motor, helmet ntah kat mane, beg laundry aku jatuh kat mana aku tak tau..dah tak berani nak pandang balakang. menggigil tak payah cakap la weh. time tuh badan aku tak rasa ape-ape. yang aku tau nak balik cepat. aku arap-arap giler ada pak gurad kat depan gate kolej 5 nih. tapi haram, biasanya malam-malam kol 12 dia close gate, tapi malam nih tak de plak.

aku pecut terus p bukit angkasa. bump 2 3 aku langgar, sket lagi nak terbabas. lepas sket dari ambang asuhan jepun tuh, sebelum simpang ..ada pokok besar giler..dak-dak um kompem tau pokok mana, tepi jalan setentang dengan TNB punye ibu sawat. memang aku try tak nak tengok kanan. tapi tak tau camner aku terpandang gak..lagi haru siot..benda putih dok bergayut, rambut sampai bawah cecah banir pokok, mata tajam tengok aku..aku buat tak nampak tapi dalam ati arap-arap tak pollow aku..

benda nih memang nak sakat kow-kow aku malam nih..boleh plak dia terbang tepi aku, bukan stakat follow tau..terbang dekat dengan aku, side by side.. nak nanges pon ade, kecut semua anggota tubuh..naseb baek dia ikot kejap je..nampak post pak gurad kat main gate, terus dia blah terbang ilang kat utan sebelah dekat IPG...sambil mengilai..!!

malam tuh aku sampai umah, gigil-gigil..tak leh tido..kol 4 5 pagi baru lelap..perghhh..


p/s: tengs sbb sudi bace..aku cuba siapkan benda nih 2 minggu lepas..malam ni baru sempat siap. and offcos benda nih bukan real..just khayalan aku je..huhuhu

Friday, May 20, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu ke-8


Jozan

 Jambu

Sepah- this is the champion minggu nih...lawak best dan terbaik..


balas- agak dissapointed sgt coz lawak dari internet kot..

R2

Nabil
Man

penyingkiran minggu ke-8


all credited to GuaTv.com

Saturday, May 14, 2011

Jom Layan Gambar Photoshop Terbaik

hahahaha..hot nak mati yang kanan tuh..


sebijik macam actor TVB




hahahahaha..yang ni takbleybla..




waaaahahahahaha..semua cantik-cantik dan hensem-hensem...terbaek..

as you can see from watermark..creadit to www.fans.com.cn tapi bila aku search website tuh tak de plak..actually aku copy dari forum cari posted bykelvinisme84

sila gigit straw lepas minum kat mamak

sekadar gambar hiasan, tak ade kene mengena dengan cerita aku..

dua tiga hari lepas aku p minum kat mamak. tak perlu bagitahu nama kedai tapi dekat-dekat area serdang, seri kembangan. kedai makan okey, stendet kedai mamak macam-macam ada..

so macam biasa aku order teh o beng roti kosong dua. sekadar nak isi perut sebelum gerak p umah kazen aku. actually hubby kazen kuar, outstation so die mintak teman duk umah dia 2 3 hari. takut katanya. sebelum nih tak de ape-ape, tapi 2 3 hari sebelum tuh umah jiran dia kene masuk perompak. habis hilang semua barang, anak bini kene ikat. kompem trauma habis. that's why dia mintak aku teman jap.

so terpaksa la aku ulang -alik dari damansara-pj-seri kembangan hari-hari. ok nak cerita pasal mamak je. lepas balik kerja aku lepak mamak jap. minum-minum. sebelum nih tak pernah pun p mamak tuh. sebab memang banyak choice kat area situh. tapi ari tuh aku singgah jap kedai runcit sebelah kedai mamak nak beli topup. alang-alang dah parking motor baek punyerr... so landing je la kat situ.

kejap je tunggu, dalam 5 minit camtuh teh o beng sampai. baek punyer..!!

tapi yang big turn off nyer..kat ujung straw ade kesan gincu sket. tak de la penuh sekeliling muncung straw tapi sket je..dah macam lap sket ngan tisu...perghhhh..sengal giler..aku panggil balik mamak yang tak berapa reti cakap melayu tuh suruh tukar straw. boleh lak buat muka ketat je. gampang giler mamak..aku agak die recyle straw kot (agak je la, aku tak de bukti depan mata, so kang jatuh fitnah plak). tapi to think that such thing can occur, memang sah-sah aku mintak tukar. so korang lepas nih bawak je straw sendirik kalo p mamak..bukan boleh percaya sangat (bukan semua la) tak pun just order minuman panas, teh tarik ke or minuman dalam tin.

seyesly disgusting kot..agak-agak kalo korang guna straw yang lepas mamat-buncit-gigi-kuning-lepas-isap-rokok sedut kat muncung straw, tak ke macam ko kiss indirectly si mamak muncung berminyak tersebut...?hahaha men kongsi- kongsi plak..perghhh nikmat yang amat kot, romantik..hahaha


and cuba korang bayangkan plak mamak p recycle straw yang dah di gigit-gigit,  yang customer kikis taik gigi, cungkil cebisan ayam lekat celah gigi ke..and korang plak sedut straw tuh..hahahaha..muntah hijau dowh..!!

so nak elak benda nih..lepas nih bila order air gigit je straw..so tak leh dah mamaks nak receycle straw dah..huhu

p/s: bukan semua industry restoren mamak macam tuh, ada je yang ok..tapi tu la, sebab sebatang straw kene kiss habis semua mamak kene boikot...hohohoho

Thursday, May 5, 2011

Bila Si Bodoh Masuk Panggung


anggap korang baca entry nih pada senin lepas (2/5/2011)..huhu, ketiadaan tenet membantutkan aku nak post entry..

adess meroyan siot bila manusia yang tak pernah masuk panggung di lepaskan tengok muvie. bunyik bising nak mampos..gelak tak hengat dunia even scene tak sepatutnya gelak. yang paling annoying this bicthes sembang most of the time dengan geng dorang..kemon la babe..kalo tak nak tengok sila keluar slow-slow dan tak payah nak buat taik dalam hall.

bukan setakat bising kat cuping telinga aku, bontot tak boleh duduk diam. korang bayangkan lah seat aku depan seat dorang, kaki memang ganas.. sket-sket tolak seat aku..kejadah giler..!! and yang tak boleh bla, time thor kuar dari bilek air tanpa baju..perghh..bising makin kuat..tak kan dah klimaks kot baru tengok v line abs si hero tuh (Chris Hemsworth)..sehinggakan merembes tak tentu hala..memalukan la perangai macam tuh..

ok, bitches yang tengok cerita thor kat mid valley pkul 7.30 di hall 12 row M tadi seat 9-12..you're fucking annoying as hell..jangan ingat panggung tuh mak bapak korang punye..kalu darak sangat tok beso masuk panggung jangae wi napok sangat..po bodo jah aku kelih..

ok, entry emo..sebab dorang dah musnahkan hari pekerja aku yang best nih..!! bukan sexist entry, sebab kalo jantan buat macam tu pun aku still tulis jugak..

p/s: review dan komen cerita thor kejap lagi..

Saturday, April 30, 2011

All The Best


pernah tak korang menyesal dalam idup. pernah tak korang piker yang " if i can turn back time, i'll do this and i'll do that so i won't end up here or like this"

sure pernah kan, aku pun berkali-kali mengeluh bila aku perasan jalan hidup aku pilih adalah jalan salah yang bagi effect untuk keseluruhan idup aku sekarang nih. tapi bila piker balik, ape guna aku mengeluh? sebab jalan tuh dah di tetapkan kepada aku untuk mengharunginya. dah tertulis. bukan nak menyalahkan takdir, tapi sekadar membuang perkataan "kalau" yang sering di gunakan oleh kita. seingat-ingat aku terlalu banyak perkataan "kalau" membuka jalan untuk syaitan masuk.

  • kalo di fikirkan sebanyak mana aku benci jalan tuh, sebanyak tu jugak aku suka. banyak pengalaman yang dah aku kutip.

  • aku takkan pernah resent lagi dengan ape yang berlaku, sebab banyak hikmat yang aku kutip walaupun kadang-kadang kecil.

  • setiap perkara itu tak sia-sia dan ada sebab untuk ianya berlaku.

  • dan kenapa kita jatuh..?? sebab kita akan belajar untuk bangun.

  • sebaik-baik ubat untuk kecewa ialah redha. dan sebaik-baik jalan adalah usaha.

  • sebesar mana keluhan menimpa, aku tahu aku kuat untuk pikul dan terus berdiri..

so untuk kamu dan aku, jangan mengeluh..!! teruskan usaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...