Sunday, May 22, 2011

Kisah Seram UM Kolej 5



setiap malam minggu aku akan ke um untuk buat laundry, basuh baju yang dah di kumpul sepanjang minggu. nak tunggu basuh tangan, adesss..hati pedih nak thaan..malas bebenor.

so merempit ke um adalah jalan terbaik. cepat, boleh basuh dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa, dan murah.

jadi, malam semalam. hari jumaat malam sabtu aku bonceng moto legenda 115 z ke um di kolej lima. mesin basuh cuma dua tapi lebih murah berbanding di kolej sebelas. dulu aku baush baju di kolej sebelas kolej ungku aziz. mesin basuh kat sana ada tiga, tapi yang boleh guna cuma satu je. tu pun tiap kali aku p ada je baju kat dalam yang tak di ambil orang even dah berjam-jam dah siap cuci. so aku terus proceed ke kolej 5. senang!

macam biasa, lepas muatkan baju dan sabun serta vanish dalam mesin basuh aku naik tingkat satu lepak bilek member. kebiasaannya lewat malam baru available mesin basuh, agaknye sumer budak-budak hostel macam aku jugak kot. weekend baru basuh baju. so slow-slow aku naik tingkat atas, cuma aras 1.

macam biasa di musim final exam. keadaaan di kolej sunyi, tapi lampu dari bilek masing-masing tetap terpasang. stay up barang kali. aku terus bergerak ambik turn sebelah kiri dari tangga. di hujung hallway ada satu cermin besar, separas lelaki berdiri. aku tak tahu fungsi cermin kat situ. so bila jalan sepanjang hallway mata aku akan tertumpu kat cermin di depan. mimik cara aku berjalan,. aku betul kan sket lagak. bagi macho siket bila jalan..hahaha

sampai 2 3 meter dari cermin aku perasan ada orang follow belakang, tapi aku tak nampak sangat, sebab badan aku pun dah besar sangat. kaver bahagian belakang, so tak nampak siapa. aku ignore, mungkin ada pelajar kuar bilek nak p tandas kot. tapi bila aku pusing kanan nak masuk bilek member aku, aku tengok tak de orang pun. alah mungkin perasaan je kot. untuk pengetahuan korang kolej lima blok A ni agak kedalam sket, so bahagian belakang tuh area hutan sket. agak gelap dan menyeramkan waktu malam.

aku terus ketuk pintu bilek member 307. tak tido lagi. tenagh study. budak chemical engneer jugak. so sembang sket-sket. malas nak kacau orang study aku online facebook guna laptop member. roomate dia ok, tengah khusuyuk hafal quran. budak sabah. tapi memang tak banyak cakap, aku dengar-dengar dia amek kos melibatkan islam kot..macam tasawwur la gitu. ntah la, aku tak amek pot sangat.

lepas online facebook nak tunggu 50 minit mesin baju siap, aku usha video online. masuk forum cari, bukak thread paranormal banyak cerita hantu kat situ. normally kalo malam-malam aku takkan baca thread macam tuh. tapi dah semua forum aku usha tak ada yang best malam tuh. so terpaksa baca salah satu thread kat situ. bicara dengan jin, dan cerita close encounter budak-budak forum yang gigih bercerita. pergh seram siot. aku tutup laptop, dan tutup mata. ingat nak lelap 2 3 minit. sampai member aku kejut dah pukul 1 lebih. baju kat dalam mesin dah terbiar lama dah.

aku terus kuar bilek, bawak skali bekas laundry hijau. masa aku kat hallway menuju tangga kat ujung aku perasan somthing sebelah pintu tandas tepi water cooler. aku nampak ada budak kecik duduk peluk lutut, sebelum aku pass dia, muka dia telengkup kat lutut, tapi bila aku lalu je terus dia angkat muka.. perghhh..seram sial, muka putih..aku tak tau nak describe mata cam mane, bukan merah macam biasa tuh, tapi macam mata hitam besar giler, tak de mata putih..dok tenung aku..aku dah cuak da, nak patah balik for sure aku kene lintas balik budak tuh. aku langkah laju-laju terus jalan. sampai ujung hallway ada cermin satu lagi..aku perasan budak tuh ade lagi..dok follow aku..yang tak ley bla skali hayunan kaki dia sama ngan hayunan kaki aku, sama laju, kalo aku langkah kiri dia langkah kiri, kalo aku langkah kanan dia langkah kanan..dalam hati dah baca ape yang patut, tapi semua merapu merepek entah apa-apa ayat yang kuar.. semua tunggang langgang.

terus aku terjun tangga dengan baju tak ambik aku start motor, helmet ntah kat mane, beg laundry aku jatuh kat mana aku tak tau..dah tak berani nak pandang balakang. menggigil tak payah cakap la weh. time tuh badan aku tak rasa ape-ape. yang aku tau nak balik cepat. aku arap-arap giler ada pak gurad kat depan gate kolej 5 nih. tapi haram, biasanya malam-malam kol 12 dia close gate, tapi malam nih tak de plak.

aku pecut terus p bukit angkasa. bump 2 3 aku langgar, sket lagi nak terbabas. lepas sket dari ambang asuhan jepun tuh, sebelum simpang ..ada pokok besar giler..dak-dak um kompem tau pokok mana, tepi jalan setentang dengan TNB punye ibu sawat. memang aku try tak nak tengok kanan. tapi tak tau camner aku terpandang gak..lagi haru siot..benda putih dok bergayut, rambut sampai bawah cecah banir pokok, mata tajam tengok aku..aku buat tak nampak tapi dalam ati arap-arap tak pollow aku..

benda nih memang nak sakat kow-kow aku malam nih..boleh plak dia terbang tepi aku, bukan stakat follow tau..terbang dekat dengan aku, side by side.. nak nanges pon ade, kecut semua anggota tubuh..naseb baek dia ikot kejap je..nampak post pak gurad kat main gate, terus dia blah terbang ilang kat utan sebelah dekat IPG...sambil mengilai..!!

malam tuh aku sampai umah, gigil-gigil..tak leh tido..kol 4 5 pagi baru lelap..perghhh..


p/s: tengs sbb sudi bace..aku cuba siapkan benda nih 2 minggu lepas..malam ni baru sempat siap. and offcos benda nih bukan real..just khayalan aku je..huhuhu

8 comments:

cha apple said...

hahaha.....br nak ckp ..bia betik....slamat x betol...kiki..nway, bes cite..ahaha

Kamarul Farhan said...

@cha: hahaha..imaginasi sungguh aktif malam-malam nih..

B33HA B3n said...

lor, ingatkan betul..part last tu seram jugak. awal2 x pun...heee

Kamarul Farhan said...

@beeha: hahah..part awal2 tuh part mirul..die tak menyeramkan untuk tulis lam nih..haha

Fira hilwa said...

jam kol 1.12 pg ms aku bc ni. warghhh! nk pengsan ok bc. dh tbyg ju-on dh. ko ckp nk ngs dlm cte 2, aku pn ikt nk ngs gak. seram giller sbb aku pn pnh ada pngalaman seram mcm tu cme yg psti ble aku berada dlm situasi 2, aku xdela tkt mcm ni, jd mcm cool gle. btl! xcaya ko tryla kne, msti ko xgigil xapa. cme klu cte kt org blk pngalamn tu mmg meremang la kan... huhu...

hasmira ismail said...

bukan men la ingat tol .. hahahah .. tk leh bla pasal budak kecik uh .. hahhah .. klaka la bile bace bab akhir .. nice .. tersusun .. bes gilak .. ade bakat nk jadi penulis novel seram .. hehehe ..

Kamarul Farhan said...

@missF: hahaha..aku tak mo try la missF..tak pe tak cool pun tak pe..mau kejung aku kalo betol2 berlaku..haha

Kamarul Farhan said...

@hasmira ismail:tenkiu2..hahahaha..novel seram xbrape nak seram kot..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...