Sunday, February 13, 2011

Kelantan Vs Johor FC


(gambar di crop dari forum johor fc.com)


ye mungkin ramai dah tahu result perlawanan bola semalam. yang negeri lain tak kisah la kan, yang menang tahniah dan yang kalah pulak tak pe, cuba lagi. saingngan liga baru je start, banyak masa lagi. tapii apa yang penting macam tajuk entry ari nih, Kelantan Vs Johor FC. yes!!! skuad pimpinan datuk m. karuthu ni berjaya membenam satu-satunya skuad yang berstatus kelab dalam liga super, johor fc dengan 4-1. jaringan awal dibuka oleh johor fc, nampaknya membangkitkan semangat juang skuad red warrior apabila membuat serangan demi serangan kegawang johor fc.

akhirnya terikat 1-1 pada minit ke 28 apabila rembatan azwan roya berjaya menggegarkan gawang gol pihak lawan. seterusnya menjarakan lagi jumlah jaringan apabila johor fc menyumbang gol sendiri sebelom kelantan terus berkenduri selama 90 minit masa berlangsung dengan result akhir 4-1. jaringan ni seklai gus membantu kelantan berada di puncak liga berkongsi mata ngan perak dan berkelebihan 7 gol berbanding perak 5.

"Nurul Azwan Roya, jaringan sendiri Ridwan Mao’n, Norshahrul Idlan Talaha dan Nizad Ayub memastikan tiga mata Kelantan biarpun pelawat dari selatan itu mendahului menerusi Ridwan pada minit ke-25." -utusan online

punya la excited dengan bola, kat depan tv tengok MU lawan City tapi kat radio dengar Kelantan lawan Johor FC (radio the red warrior). ape pun tahniah kepada skuad kijang keran berjaya mempamerkan permainan yang mantap dan membuatkan bukan-peminat-bola macam aku ni amek pot dengan perkembangan sukan tanah air..hahah

ok la, result penuh perlwanan semalam 12.2.2011  dan kedudukan terkini setiap pasukan (gambar dicedok dari Super League-Result)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...