amboi tajuk memang tak menahan kan..haha..tak de, aku cuma tak tahu nak letak ape kat dot dot tuh..dan memang filem eksperimen sampai tahap tu kot..baik siket dari dua alam dan jugak sifu tongga (kot?!)
ni la cite kedua kitorang marathon..aku dah janji aku nak follow je ari nih..member yang decide, so just tengok je la..ape-ape pun still nak komen jugak..
ok la bab teruk-teruk dulu la ek..nanti part-part best sket aku puji kat ujung-ujung..hhahaha..
ok..first..lakonan..?? hmmm..sape kah gerangan bontot dua ekor tuh..adesss..yang jadik ruby memang keras dan kejung..aku tahu, ni first time dorang, tapiiiiii..kayu sangat la dowh..bukan aku tak nak bagi chance kat pelakon baru, tapi kayuan jelas terasa sehingga aku nyaris asyik usha jam je..seriusly memang tak berbaloi untuk tengok pelakon tersebut..
dari segi skrip..memang fail, aku dengar-dengar skrip si raja azmi yang buat..pergh...fail secara epic kot..budak-budak kat panggung tiap kali dengar si ruby cakap memang gelak.. bukan sebab scene tapi sebab skrip. dalam panggung tadi pun bising-bising siap ade orang cakap-cakap lagi..sayang sekali sebab jalan cerita memang dah mantap dah.. kisah lelaki nyah yang buang anu sebab kompius identiti.
dari segi teknikal pulak..adesss..aku peminat cerita indie, yang tak de muzik, sebab ianya membenarkan kita menyelami perasaan pelakon dan setiap scene, tapi filem nih..memang muzik just tak kena, senyap terlalu lama, sehinggakan bosan giler..dan muzik awal-awal masa ruby tengah mandi. aku macam, watdefish...???? muzik annoying giler dan membingit telinga..
lagi satu, kamera angle pun fail jugak..ni fist time filem kat panggung aku tengok yang banyak giler elemen penting fail di deliver. most of the time, kamera terlampau focus dengan zoom watak. aku paham, mungkin pengarah try nak convey perasaan dengan mimik muka since muzik latar tak ada, tapi kalau pelakon stiff giler, seolah-olah korang tengok pokok balak yang di zoom lama-lama yang boleh bercakap. kadang-kadang di zoom sehingga korang boleh bilang bape kedutan kat muka pelakon, nasib baik tak de taik idung terlekat ke ape..seriusly..!!
pasal kamera jugak. awat susah sangat nak gune standing shot yang lebih stable. lagi sekali aku suka untuk hand kamera tapi kalau gegar lebih dari orang sakit parkison memang hangin siket. seolah-olah korang tengok cerita yang di buat macam basuh berak kat bontot tak cuci..main lap dengan tisu. tak siap dan persis budak course multimedia yang buat movie untuk esement (sesetangah dorang ade lebih mantap). di buat caca merba..!! main nak cepat release tanpa check kualiti dulu.
aku tak paham, raja azmi bercakap pasal moral value yang nak di tunjuk. tapi aksi peluk-peluk antara lelaki dan separa bogel, urut mengurut memang tak sesuai untuk di jadikan moral..agak ironi kat situ kan..lagi satu aksi atas katil yang dina dan ruby hampir bercium..adesss..
ok dah pasal komen.. best part pulak. lakonan ibu ruby memang meletops, normah damanhuri dan juga ibu dina, ogy ahmad daud.. dua orang ni lah penggerak cerita nih, yang bagi jiwa dan emosi di hujung-hujung. part dorang nih memang aku terharu giler..dan best sangat..(cuma part ibu-ibu ni je la)
citer nih ade jugak selit adegan komedi..memang lawak motor jugak bila kaum-kaum ibu nih yang merempit bawak si ruby ke mesyuarat kampung (kot?). dan aksi dalam tandas masa khir rahman muncul time ruby dan balak die tengah gaduh..sayang sungguh, jalan cerita die memang best, tapi olahan skrip, editing, kamera shot dan pemilihan muzik menjadikan filem agak membuang masa.
penutup: aku rasa cerita ni hanya sesuai di tayangkan di youtube je.. macam cerita chukang, bukak api dan jugak comolot (hahha..camner aku boleh tahu semua cerita nih..???!!). dengan editing separa siap macam nak tak nak je buat kerja..adess..memang tak layak langsung masuk panggung..!!!
aku bagi 1.5 bontot dari 5 bontot penuh..tu pun sebab kaum ibu-ibu dan ke-hot-an diana danielle..and to khir rahman, it's along way to go untuk jadi director..better you stick with acting sebab saya adalah peminat anda selepas menonton anda dalam merong mahawangsa..!!!
sebab semua orang bagi alasan nak tengok citer nih sebab ade moral value..nih aku sinopsiskan siket pengajaran..ok2 jangan potong anu kalo dah gay, mane tau nak kawen ke nanti kan..lagi satu jangan percaya kat lelaki sangat sampai bagi duit lam bank, bagi kete semua..ibu bapa jugak yang lebih memahami dan tetap sayangkan kita walupun kita lebih kan sayang kita kat orang lain..hmmm..kepada pejuang filem tanah air, dah aku ade puji
p/s: having so much fun dengan kawan-kawan tadi..
2 comments:
perghhh..byk ulasam..tapi aku x minat lansung nak tgk film ni..haha
@FF: byk lagi nak komen, tapi tu je yg tertulis..semalam pon kawan yang ajak..kalo tak memang tak ar nak usha sendirik..huhu
Post a Comment