Monday, April 18, 2011

Hidup Tak Selalu Menongkat Langit

Humility is virtue
hidup tak selalu menongkat langit.

entry untuk sahabat..!! kadang-kadang Allah bagi kelebihan untuk kita nak test setakat mana ketakwaan kita dalam menghadapi dan mensyukuri nikmat Allah. ada sesetengah orang bila dah diri mencapai tahap tertinggi, tak kisah la dalam sosial, pelajaran tak pun kerjaya kita lupa dan alpa yang semua tuh adalah kurniaan Allah. so datang perasaan riak, sombong dan bangga dalam diri yang kita adalah yang terhebat, terbaik. tak ada orang yang mampu lawan kita lagi..

sekadar untuk memperingati, hidup tak perlu selalu menongkat langit. kadang-kadang kene tengok bawah jugak. mana la tahu, ada lubang ke, taik kucing ke kat bawah. nanti tak de la kita jatuh tersembam, muka penuh najis. time tu baru la kita nak ingat Allah. teraba-raba cari kawan, sama ada nak mintak tisu lap najis kat muka, tak pun nak mintak tangan untuk bangun balik.

setinggi mana kita gapai bintang, rumput di bumi jangan kita lupa..

    "True humility is intelligent self respect which keeps us from thinking too highly or too meanly of ourselves. It makes us modest by reminding us how far we have come short of what we can be."- Ralph W. Sockman

4 comments:

Amirul Idham said...

Ini kira macam lupa daratanlah ni.

Dah sampai langit, tak mahu mennjenguk rumput di bumi.

Kamarul Farhan said...

@amirul: aah kadang-kadang manusia ni alpa..bila dah sampai tempat tinggi..tak ingat dah time mase dok kat bawah dulu.

yusuf mujahidin ™ said...

manusia mudah lupe
semoga yg lupe diingatkn oleh yg lain
sama2 kita ingat mengingati

:)

Kamarul Farhan said...

@yusuf: insyaAllah..tugas sesama hamba untuk sama mengingati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...