Thursday, March 31, 2011

Seni Itu Indah- Interlok


bagi tiap-tiap orang penulis, hasil tulisan dorang anggap seni. seni yang dorang bersusah payah pikir dan karang. sama jugak dengan lagu, arca, lukisan. semua tuh adalah seni. aku rasa mesti dorang sayang giler akan seni karya dorang. same macam aku, walaupun bukan nyer reti sangat menulis, walaupun entry cacar merba, walaupun post aku cam lemau biskot merrie sekali pun, aku tetap suka. dan aku takkan sesekali suka orang senang-senang nak ubah seni aku, walaupun buruk orang tengok, at least dia kuar dari benak otak sengal aku nih. aku takkan sesekali bagi orang alter, ubah ikut sedap perisa mak bapak orang. kalau suka, korang baca..kalau tak suka, tak ape..tak payah baca..aku memang tak kisah.

so sekarang ni aku nak komen pasal interlok, bukan nak beremosi sangat. dari dulu lagi aku nak komen benda nih. actually kalu ingatkan blog baru nih aku nak bebaskan dari unsur dan post-post berkenaan dengan politik. tapi yang nih aku memang tak boleh tahan lagi. memang nak kene tulis dan komen jugak sedikit sebanyak.

interlok tulisan Sasterawan Negara Abdullah Hussin, baru-baru jadi kontroversi sungguh bila ada perkataan dalam tuh yang merujuk kepada segolongan kaum yang dikatakan menghina dan merendah-rendah kan dorang. aku tak salahkan dorang, itu dorang punya hak untuk tidak mahu digelarkan dengan perkataan tuh. aku tak kisah. tapi bila ada satu panel yang di tubuhkan untuk mengkaji balik dan ubah balik novel tersebut. aku rasa itu sudah melampau.

suka suki je orang lain mahu campur tangan ubah-ubah seni yang dihasilkan oleh penulis tersebut. memang bagi aku agak kurang ajar dan biadap. itu adalah hasil karya, dari buah fikiran yang aku rasa peulis tak tido beberapa malam, struggle untuk tulis senaskah novel. tapi at the end kene ubah sebab segolongan orang tak suka ianya dijadikan teks kesusateraan di peringkat sekolah.

sebagai contoh yang lagi senang nak nampak. bayangkan lukisan yang dah siap tergantung di dinding pameran sebuah dewan, tiba-tiba ada pengunjung ternampak dan berasa terkilan dan terguris dek luisan tersebut. lalu komen kepada pengarah dewan untuk ubah lukisan tersebut. dan dengan sewenang-wenangnya lukisan di turunkan dan di cat di lukis di conteng kembali tidak mengikut jiwa asal dan terjemahan hati pelukis asal. agak-agak tersentak tak..??

maaflah, bukan aku tak concern dengan perkataan tu dan jugak hinaan yang mungkin dorang rasa. tapi untuk pendapat aku, dan kalau itu karya aku. aku lebih rela untuk novel itu tak jadi rujukan buku teks budak sekolah. sebab aku pandang tinggi dengan karya aku, walau selemau dan sesengal mana pun hasilnya. aku tak rela orang ubah, sebab masa aku tulis aku ceritakan dari hati aku. aku letak identiti aku, dan aku letak jiwa aku dalam tulisan.  masih lagi banyak novel-novel bagus dari penulis-penulis kat malaysia nih yang boleh di jadikan rujukan untuk teks sekolah.

dan to be fair aku memang dah baca novel tersebut. cerita satu malaysia yang bagus memaparkan rakyat malaysia pada waktu susah di zaman penjajah dulu. mungkin aku agak exagerate benda nih, dan mungkin jugak penulis asal tak kisah novel di ubah, tapi atas dasar seni...ianya dah merobek jiwa, identiti dan jugak hati yang di letak dalam novel tersebut sewaktu penulis menghasilkan karya..

so, kalau tak suka...cari novel lain untuk diganti dengan interlok di jadikan teks sastera sekolah. dan aku juga bukan pencacai yang defend interlok, aku juga bukan pencacai yang kutuk interlok..seni itu indah kalau kita pandai tengok, pandai baca, pandai rasa, pandai dengar, dan kalau kita pandai pikir.

click untuk tumbesaran penuh


p/s: sekadar pendapat 2 sen aku sahaja. maaf la kalau terlalu emo di petang yang syahdu di perdu rindu nih..huhu

awek tak cun terkentut atas bas

perghhh..panjang giler tajuk..tapi tak pe, terang dan bersuluh lagi akan contentnya...

ari ni aku AL (annual leave la),nak rehatkan otak..penat sangat layan manusia yang susah sangat nak paham ape yang orang bagitahu..dok kat umah nih tetiba bosan la plak, duit baru je gaji..hahaha..bersemangat nak kuar jenjalan..

so, tadi kuar p kota raya, semata-mata nak beli deodorant kat medin (okeh kat len memang tak ade ek, aku punye cikai je..medin je ada). nek bas 46d dari bukit angkasa (BA) merangkak ke ibu kota. nasib baik weekdays dan tengah hari, memang bas kosong, tak banyak orang. even masa aku kat BA pun cuma 2 3 orang indo je tengah tunggu.

dari jauh lagi nampak kepala bas kaler putih tuh mula merayap mendekati stesen bas. memang dah tahu penumpang selalu ada kat situ, tak perlu aku julur tangan nak menahan, bas dah berenti da. pintu belakang bas betul-betul stop depan aku. ape lagi dengan gaya lemah gemalai kontrol macho aku melangkah naik.

perghh awek siotttt dok kerusi sorang-sorang. aku naik amek port belakang awek tadi. ok la muka, bak orang kata kiut ade, seksi boleh la..cun tu ermmm kureng sket..hahaha. betul-betul aku parking bontot aku kat kerusi belakang awek tadi. perghhh free hair, wangi siot..agak-agak nak meronggeng ngan balak kat sogo neh..tak pun lepak pertama compleks.. teka je la ek..

lepas semua activity pembayaran tiket dekat kelindan bas yang tak berapa nak ensem dan mesra tuh..aku macam biasa nyandar tepi tingkap, usha kete-kete kat jalan. sambil mikir "bile la plak turn aku nak dapat kete camneh" (masa tu mazda 3 lalu ikot tepi).

sampai atas sket dari lrt bangsar, sebelom simpang masuk brickfields, aku terdengar something depan aku..hahahaha...tak menahan, ish selebetnye pompuan..halus dan nyaring je bunyik..bak angin tersepit di celah kerusi..perghhhh..die kentut sial..pengotoq betol..

agak-agak die tak perasan kot aku duk belakang dia, terus dia pusing belakang,(nak usha orang la tu) macam terkujat je aku tengok..mata kitorang bertemu..cepat-cepat dia pusing depan..aku buat bodo je la, nak senyum pun otot kat muka dah kejang tahan gelak..nasib tak de la bau sangat, agak-agak bekfes roti je tadi kot..hahaha

sampai kat kl central, terus dia turun tak tengok belakang..hahaha..tak leh bla..agak-agak la beb kalo tak tahan pon..paling kurang pun, sengetkan sket badan biar angin lepas tak terkepit-kepit..tak de la sendu sangat bunyik nyer. kalau bau teruk pun still lagi boleh tuduh orang..tak pun buat-buat tak bersalah sambil tutup hidung dan geleng kepala..hahahaha

sekadar hiasan

Monday, March 28, 2011

Tabiat Menyeramkan Dalam Tandas


tabiat menyeramkan dalam tandas

adesss..tabiat nih memang kat mana-mana pun korang boleh jumpe..public toilet ke kat umah korang sendiri ke..mostly lelaki..yang pompuan tak tahu la plak aku..tak pernah masuk pun, so situasinya tak boleh nak gambarkan..hahha

ok tebiat pertama: merokok dalam jamban
hawau punye manusia, sambil berak sambil tu la menghirup. tabiat yang aku tak leh nak tahan..dah la busuk dengan bahan buangan, tambah dengan bau asap rokok lagi..memang buang tebiat..aku tak tahu macam mana dorang boleh stand hisap rokok sambil berak..sekali sedut macam-macam rase ade, petai semalam, kfc ke, durian..semua tersedut sekali..hahaha

tabiat kedua: baca buku/komik/manga/paper
yang ni ok la jugak, tapi bagi aku tak de makna nyer nak stay lam jamban lama-lame. ade sesetengah orang siap boleh habiskan satu komik dalam jamban..adess tak gatal ke bontot yang tak berbasuh tuh..hahaha. kalau komik yang berpages-pages tuh mau kering dulu kot..hahaha..

tabiat ketiga: mural, dan kontek number
yang nih tebiat kalo korang p kat tandas awam. pintu dan dinding tandas tuh dah macam wall facebook dah.. macam-macam status dan iklan dorang letak..yang tak menahan, iklan gay, memang berlambak. siap lukis-lukis lagi..sungguh kreatif dorang nih..

tabiat ketiga: bercakap lam tepon
yang nih memang aku pernah jumpa..seyes dowh, siap sembang bergayut ngan awek lagi..macam-macam kata-kata manis lam jamban..kadang-kadang bunyik senyap tengah meneram sekali sekala..adess selebet punye boyfrens..hahaha

tabiat keempat: yang ni remaja-remaja gersang.
 sekarang nih bukan kapel laki dan pompuan je, laki same laki pun kongsi satu tandas.entah ape yang dorang buat pon aku tak tau..laki pompuan tuh tak payah cakap la..cuba korang try tanya pak gad yang kerja kat shopping kompleks..bape banyak kapel yang dorang kantoikan..

tabiat kelima: sesi menampal taik hidung di dingding.
yang nih memang habis selebet dan tak senonoh. korek idung tampal kat dinding. seyes, aku tak tipu..kalo korang tak caya try mai opis aku..pengotoq punye orang..korek-korek idung siap tampal lagi kat dinding..bergentel-gentel la bijih-bijih hijau dan coklat kat tepi dinding..loya sial, agak-agak dah habis gentel jentik merata-rata pon ok as long tak ade la orang nampak kan..ni tak, elok je menempel kat situ.. perghhh..ingat nak ambik gambar buat sampel. tapi agak kejam jugak kalo tampal kat sini..hahaha

ok, jom layan sign-sign pelik dalam tandas..






Sunday, March 27, 2011

Sup Sampah - Trash Vortex


pernah dengar tak..?? bukan sup macam biasa orang masak tuh, nih sampah betol-betol..kalu tak pernah dengar cuba nih " vortex trash". tak pe kalo tak tahu jugak, try google. aku tengok discovery channel a few years ago dan baru tadi aku teringat pasal nih. aku try google "garbish in the sea", baru tahu name sebenar, rubbish soup ngan trash vortex.

menda nih disebabkan arus vortex di selat pacific yang menyebabkan sampah-sampah terutamanya plastik terapung-apung di lautan di sekitar pacific. untuk pengetahuan, trash vortex nih ade 2, 3 kalo tak silap. dan besar dia boleh mencecah dua kali lebih besar dari united state of america (sumber wikipedia and austrianstimes)

sekadar briefing la punca trash vortex nih. selebihnya korang boleh tanya pak cik google. actually sisa-sisa buangan plastic nih asal dari mainland, dari kita semua yang sewenang-wenangnya buang sampah merata-rata. tak kira la ke sungai ke, yang akhirnya sampai kelaut. akibat dari tekanan dan tiupan angin selat dan sebagainya sampah-sampah nih terkumpul di suatu kawasan di pacific. teori pengumpulannya senang je, korang ambik air satu besen, masukkan butir-butir polisterene ataupun kepingan-kepingan kecik. pastu korang pusing air tuh dengan tangan. tak kisah la arah jam, ke lawan jam ke. and biarkan dia settle kejap. tengok, pasti die terkumpul kat tengah-tengahkan.


hah, macam tu lah plastik-platik dan sampah-sampah tuh terbentuk. andaikan daya dari pusaran tangan korang tu adalah angin dan arus dan kepingan polisterene tuh sampah-sampah dan plastik dan kat tengah-tengah pengumpulan tu lah dipanggil trash vortex atau pun rubbish soup ataupun Great Pacific Garbage Patch.

plastik-plastik nih adalah not biodegradeble, memang tak lupus at the end terapung-apung lah kat tengah laut pacific. ada sesetengah dah anggap trash vortex nih adalah "the eighth continent" judging by size of debris itu sendiri. akibat terhadap oceonology and maritim life memang tak boleh sangkal lagi. aku bukan environmentalist mahupun activist tapi sedikit kesedaran dalam diri aku nih buat aku tersentak tengok benda nih boleh berlaku. cuba usha gambar kat bawah nih..sah-sah dah bagi effect kat hidupan marine.

so kawan-kawan, start dari hari nih..tak rugi kalo buang sampah lam tong sampah. dunia nih pinjaman kita dari generasi masa depan. bila kita tak de kelak, yang ni lah kita akan waris kan untuk anak cucu. takkan nak biar kan cucu cicit kita duduk dalam sampah di sebabkan ignorance nyer sikap kita pada hari nih..

video youtube:



kesian giler

tengok Laysan Albatross nih, ape yang mak dia bagi makan, semua plastik

alahai..kesian giler turtle nih.

Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !



ni first segmen aku join, sebelum ni malas aku nak  join apa-ape..ben ashaari beb, retis blogger femes tuh..huhu..sape yang tak kenal..??klik sini untuk join segmen ben.

ok la soklan bab ibu bapa (terutamanya ibu) nih memang aku agak sensitif sket. silap-silap air mata jantan gagah perkasa dan macho nih boleh berderai jatuh..huh

-best memory aku ngan mak aku..
kalau nak cerita memang banyak kenangan best-best ngan mak aku nih. silap-silap haribulan boleh buat novel kot..tapi kat sini aku nak cerita 1 kisah je la kot..

masa tuh aku kat mrsm di sebuah negeri di pantai  timur. sekolah kitorang nih tiap-tiap sem akan ada anugerah pengetua bagi student yang pointer 3.5 keatas. untuk sem 1 dan 2 result aku rendah, tak layak untuk naik pentas, cuma boleh tengok je la student-student bijak ngan mak bapak dorang yang penuh bangga.

ujung sem 2 aku dah tekad giler-giler dah, sebelum aku grad nih aku nak mak aku datang tengok aku naik pentas terima anugerah pengetua. sem 3 aku study giler-giler dan alhamdullilah aku dapat anugerah pengetua. happy memang tak payah cerita la, aku terus kol mak aku dari tepon public sebelah ofis HEP. dulu rumah kitorang mana ada tepon rumah, handphone pun masa tuh cuma orang-orang tertentu je ada. aku kol ke rumah jiran, suh panggil mak aku  ap. so aku cerita bla bla bla bla..

mak aku happy tak jejak tanah dah. tapi kitorang time tuh, bukannye berada sangat. nak datang sini guna duit lagikan. lagi pun mana ada keta nak pergi. aku cakap tak pe la mak, tak payah datang pun tak pe..majlis kecik-kecik je, lagi pun ramai je mak bapak orang lain tak datang, kawan sendiri pun mak dia tak datang. saja aku nak sedapkan ati mak aku, tak nak susah-susah suruh dia datang. mak aku cakap tak pe la..tengok ar camner..dia pikerkan.2 3 hari sebelum majlis aku kol mak aku..kompemkan camner, mak aku tetap jugak degil nak datang. aku tanya nak datang camner..? mak aku cakap, tak pe la, dia piker la camner..yang penting hari tuh dia akan datang tengok aku naik pentas. dia nak duduk di kerusi depan sekali, dan dia nak yang paling kuat tepuk tangan bila aku jalan naik pentas terima sijil pengetua.

hari majlis, aku pagi-pagi lagi tunggu depan HEP. semangat berkobar-kobar nak jumpa mak, dah lama dah tak jumpa. dalam ramai-ramai orang aku nampak mak aku baru turun teksi. rupa-rupanya dia naik teksidari rumah kitorang sampai kat maktab. rumah dan tempat aku sekolah negeri lain-lain, korang bayangkan lah berapa banyak duit dia habiskan semata-mata nak hadir majlis anugerah pengetua aku. lepas habis semua majlis, time berpisah..masa tu perasaan aku macam-macam, sedih, bangga semua ada. sebelum kitorang berpisah aku salam ape semua. tak pernah-pernah sebelum nih mak aku peluk aku. time tuh dia peluk,, dia cium dahi aku.. aku masih lagi kontrol, dalam hati dah nak nages da. aku tengok dalam mata dia, dan masa tu lah aku tahu yang aku dah banggakan mak aku. aku syukur giler-giler kerana aku dah buat orang yang aku paling sayang sekali dalam dunia niberbangga.

-ok la soklan antara ibu dan ayah mana lagi aku sayang.
ofcourse mak aku, untuk pengetahuan semua mak aku ibu tunggal. membesarkan kitorang 3 beradik sorang-sorang. pagi-pagi sebelum subuh dah kuar rumah, dia jadi tukang masak kat kantin sekolah, lepas semua budak-budak sekolah balik, baru la mak aku beransur balik.. dalam pukul 2 3 macam tuh. pukul 5 pulak mak aku tolong jiran kitorang jual nasi dekat pasar malam wakaf che yeh sampai pukul 1 pagi. tiap-tiap hari macam tuh. nak besarkan kitorang 3 beradik, nak hantar kitorang ke university besar sungguh pengorbanan dia. bapak aku pulak, hmmm..malas nak cerita..

-sanggup kah tinggalkan mak aku di rumah orang tua..?
memang tak terpiker langsung..dan harap-harap ianya kekal macam tuh masa hadapan nanti..insyaAllah..!!(noktah)

-anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka..??
yang ni memang anak kurang ajar..masa kitorang kecik-kecik berebut nak aiskrim sampai gaduh-gaduh pun mak aku boleh nanges tengok.. ni kan nak berebut harta tanah pusaka... aku tak boleh bayangkan perasaan ibu bapa tengok anak-anak dorang macam nih..hancur berderai, bukan setakat air mata..hati hancur luluh kot..






Abah, Bagi Balik Tangan Ita

dulu aku dah post benda nih..tapi dekat blog friendster..tadi godek-godek friendster yang dah berhabuk debu setelah bertahun-tahun tak jengok, bila bace still sedeh jugak..nak bagi kredit untuk ni pun aku tak satu sape empunye..dah merata-rata dah kat internet..ape-ape pun just enjoy...

sekadar gambar hiasan

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya… kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu… !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu  rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam… " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu  badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak  itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata  isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua  menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau  jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah,sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung diasekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Saturday, March 19, 2011

Survivor 22 - episode 5 ( We Hate our Tribe)

[spoiler alert] You have to watch the latest episode first before further reading, TQ




is it me or the survivor is just gettin' bored with the challenge set up?

I still remember the last sweet time where survivor is the only idolized reality show on the national television. The challenge and the contestant are well prepared and really test their physical barrier. tapi sekarang ni, semua challenge is held for mental and IQ test with puzzle and everything. It’s boring because it's clearly favored to anak emas cbs; Boston Rob.

Everybody knows that on this new season Boston Rob is like the big shiny star shadowing other contestant and of course cbs savior over the dwindle rating for the last 20 season.

And untuk episode 5, "we hate our tribe" lagi sekali terbukti, puzzle challenge untuk redemption island dan immunity. Guess what, Rob menang sekali lagi dan menjadi puppet master untuk tribe dia.. adesss bosan dowh, dulu ada jugak physical challenge yang memang tuff dan seingat aku dulu ada dua challenge untuk imunity dan jugak reward. Skang nih satu je, kalau menang imunity terus dapat reward.

Ok la, cukup mengomen. Review episode baru:

Macam aku cakap tadi tribe Rob menang lagi, challenge dia, kumpulkan 4 kantung yang mengandungi bijik kopi dan pieces of puzzle yang ada huruf. Setiap ahli tribe kene blindfolded and di beri arahan oleh seorang watcher untuk retrieve kantung tersebut. Untuk Ometepe, Rob jadik watcher dan Stephanie untuk Zapetera . Masing-masing kuarkan arahan kepada tribe member untuk dapatkan puzzle pieces.  Lepas dah dapat semua kantung puzzle, watcher susun kepingan puzzle untuk buat satu ayat “ THE SWEET TASTE OF VICTORY”.  And the victory goes to Ometepe!!
Trying to retrieve a sack of puzzle pieces

Untuk redemption island’s challenge, lagi sekali Matt menang kalahkan Cristina dalam acara puzzle jugak. Susun puzzle block, sebelum ni pon Matt menang lawan Russle dalam dominos challenge.
Kat tribal council plak, dua former member of Russel (oh lupe episode lepas, russle kene voted out dan kalah redemption challenge) Stephanie dan Krista on hot seat. Dan last sekali Krista dapat 5 vote against Steve with 2 vote and goes to Redemption Island facing Matt for the next challenge (f-king root for Matt, one tuff and innocent guy)
Redemption island challenge; Christina vs Matt

Adess, bila la puak Ometepe nak kuar dari bayangan Rob nih. too comfortable kot, aku rasa dorang patut start revolution tumbangkan Rob’s reign. Favorite contestant episode nih, of course Matt dan jugak Andrea. Nampak gayanya Phillip, Stephanie dan jugak Matt menjadi penyeri untuk season nih. Enjoy!!!
sweet Andrea

Bear Grylls kat Malaysia

adess di hujung minggu ni aku memang bosan giler. try nak tulis entry, tapi terus delete. idea dah ada tapi tak terukir melalui tulisan. tadi aku nak buat entry pasal bear grylls kat malaysia dan awek sore hot kat bangi.. entah bila baca balik, ayat tergedik-gedik macam budak tak cukup umo plak..hahaha. terus aku tekan backspace laju-laju. at last sepanjang hari ni aku just blogwalking je. sungguh tak ade kerja...

ok la sedikit sebanyak pasal bear grylls nih..korang tau kan dia ni host man vs wild kat discovery channel. latest episode 2 3 hari lepas set kat sabah, pulau ape aku tak ingat. tak de la adventure macam episode yang lepas-lepas dia buat. sebab yang ni dia buat kat sebuah "un-habitant" pulau. so lebih kepada how to survive kalau tersadar kat pulau dan bukan nak carik jalan keluar or to find a civilized kawasan macam episode sebelum-sebelum nih.

tapi entah camner aku rase episode ni lagi lama kalau nak compare dengan episode sebelum nih.. bear ade ajar camner nak survive carik makanan macam biasa. dalam episode nih Bear goes fire fishing guna spear yang dia buat sendiri dan jugak dia buat trap bingkas. hahahha..yang trap nih memang menggamit memori sungguh. sape budak kampung memang familiar dengan benda nih. aku sendiri jaman kecik-kecik dulu selalu guna jerat nih nak bingkas burung..tapi yang simple sket la, tak de guna tali-tali panjang yang dia guna tuh dan memang aku punye tak pernah dapat ape-ape pun..haha.. dan bear dapat tangkap sekor babi utan, sempat lagi dia buat daging salai macam beef jerky..


 gambar ni bukan kat malaysia nih, tapi tiap-tiap episode excited nak tgk ape yang dia makan..

yang aku perasan pulau ni dia punya view memang cantik kot..dan first time aku gigh donlot sehari lebih semata-mata nak tengok episode nih.

p/s: kalau rajin aku update pasal awek sore hot..

Tuesday, March 15, 2011

Antara Miyagi dan Miyabi


ok, all eye and heart on japan for the catastrophic disaster. aku paham.. dan aku turut bersimpati dengan nasib dorang. korang relek dulu ek, entry ni bukan untuk make fun or anything. aku pun mengharap mangsa-mangsa di jepun semua selamat.

seharian duduk kat workstation hari nih, yang boleh buat cuma baca online paper je kalau tak de kerje. lepas satu-satu portal berita aku bukak. belom sampai pukul 12 lagi dah hampir semua paper online aku usha. so aku bukak arkib kosmo yang 2 3 hari lepas. terpesona aku baca...korang tau tak, rakyat indonesia memang concern giler-giler dekat japanese. lepas bencana di miyagi, sendai, tokyo dan bandar-bandar lain di jepun rakyat indonesia terus tertanya-tanya keadaan miyabi aktress kesayangan dorang..

sape tak kenal miyabi..?? hahahaha cuba google "miyabi" ataupun "maria ozawa". pilih image, tengok betol-betol..mungkin korang akan cam beliau dalam salah satu movie or drama yang korang pernah tengok.

petikan dari kosmo
"Para peminatnya di Indonesia yang mengenalinya dengan gelaran Miyabi tertanya-tanya keadaan pelakon itu selepas bencana tersebut."

 full article kosmo (klik sini)

p/s: my respect goes to all japanese on how well-trained they are to manage all this calamitous circumstances...(read this) will open your eye and worth every single minutes you spend here..

“One of the worst earthquakes in recorded history has hit the world’s most well-prepared, well-trained nations. The strength of its government and its people are put to the test. While there have been casualties, in no other country could the government and the people have worked together in such an accurate and coordinated way in the face of such tragedy. The Japanese people have shown their cultural ability to remain calm in the face of adversity.”- BBC Reporter

Sunday, March 13, 2011

Full Result Badminton All England 2011

perlawanan akhir badminton all england yang menyaksikan penguasaan china masih lagi kukuh dengan 4 kategori dorang kuasai. perlawanan lain ok je la, aku jeling-jeling macam tu je la tadi. tapi bila time chong wei dengan lin dan, memang tak tetap bontot duduk, tiap kali smash terangkat...kerja esok pun tak kisah dah, asal boleh tengok match secara live.

 vs

so, the full result untuk semua kategori.

Mixed Double:
Xu & Ma (China) bt Prakapamol & Thoungrhonhkam (Indonesia)   21-13, 21-9 (36m)

Women Double:
Wang & Fu (China) bt Fuli & Kaakiwa (Japan)   21-2, 21-9 (27m)

Men Double:
Boe & Mogensen (Denmark) bt Koo & Tan (Malaysia) 15-21, 21-18, 21-18 (62m)

Women Double:
Wang Shixian (China) bt Eriko Hirose (Japan)  24-22, 22-18 (55m)

and the long await result for Single Men goes to.....

Lee Chong Wei (Malaysia) bt Lin Dan (China) 21-17, 21-17 (52m)

aku mengharapkan chong wei joget macam Lin Dan hari tuh..hahaha..congratulation Chong wei, anda memang terbaik...!!!!

Hikayat Merong Mahawangsa - Komen

*ok, ni komen aku jek bukan review, sbb dah belambak dah blogger tulis, review pon lebih kurang sama je.

petang tadi tercapai jugak hasrat aku nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). hahahahah..aku nak gelak dulu baru tulis komen boleh..??

hahha..ok ok..!! dah-dah, sekarang tarik nafas, dan hembus ikot belakang (pastikan takde orang mahupun tumbuhan dan haiwan di sekitar). petang tadi keluar p mid valley. ye la sorang diri jee..semalam dah kuar, tapi tgk orang berbaris bagai nak rak..beli barang ape yang patut kitorang terus blah.

kepada penyanjung dan penyokong filem bangsa, relek dulu ek..aku kutuk kritik sket dulu, nanti kat ujung-ujung aku puji la siket-siket. that's so called The Malay Chronicles. aku tak  nampak logiknya nama tersebut. sefaham aku, the chronicles ni maksud dia kronologi sesuatu plot mahupun sesuatu tamadun. kalau kat sini, kronikal bangsa melayu, asal usul, susur galur, jalan cerita bangsa melayu kat malaysia sekarang (semenanjung emas- dalam HMM).  yang aku tak paham, asal nak kene namakan the malay chonicle, sedangkan cerita berkisar pada putera rom, puteri cina, dan juga decendent Alex the Great yang akhirnya menjadi raja di negeri langkasuka. dan kalau ikutkan jurai keturunan merong ni, di pass kan kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat dan seterusnya Raja Seri Mahawangsa yang seterusnya meninggalkan takhta kepada Raja Seri Maha Inderawangsa dan Raja Bersiung. era keislaman datang masa pemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudian dikenali dengan nama islam Sultan Mudzaffar Syah. (rujuk mykedah2)jelas sekali ini adalah kronologi kesultanan kedah (langkasuka) bukannya kronologi melayu. awat tak namakan the sultanate chronicle.

ok, la persetankan sejarah, mitos dan legenda semua tuh. memang mengelirukan dan memang mengantuk..!! lagi pun ikut suka KRU la kan nak buat cerita macam mana. balik kepada cerita HMM. memang salute aku dengan kerja anak watan, mampu menjana suatu karya cinematograpy yang tinggi dalam menyampaikan cerita. penuh aksi dan debaran. ok bab negative dalam scene. selain di penuhi kayu-kayuan jati, cengal dan meranti dalam cerita tuh, keserasian antara putera rom dan merong amatlah pelik. aku rasa janggal sungguh tengok aksi atas bot, awal-awal tuh. entah, susah nak terangkan.

lagi satu aksi tak masuk akal, time geng-geng merong di serang kat kingless land, tepi pantai tuh. merong naik atas menara peninjau. so lanun-lanun ni, goyangkan menara sampai tumbang. at last, semua lanun mati..kononya di hempap oleh menara buluh tersebut. ye la KRU nak mamposkan pelakon-pelakon extra untuk tunjukan yng merong ni sole survivor aku paham..tapi agak-agak ar beb..haha

satu je lagi scene yang aku nak kutuk..time merong gune Archimedes trick untuk kalahkan lanun-lanun masa dorang lancarkan counter attack..hahahaha..part nih aku gelak dalam hati, tak mau ganggu aweks sebelah tengah kusyuk usha dada si Stephen Rahman-Hughes terganggu. perghhh..boleh mampos terbakar segala lanun-lanun terkena pantulan cahaya matahari dari cermin merong.hmmm ok la, kalo korang nak percaya. telan je la...!!

actually banyak lagi nak kutuk, tapi ye la kan..kang orang cakap aku tak sokong cerita melayu plak kan.. ok, bab lawan-lawan memang mantop, aku salute kerna mampu memaparkan aksi separa-real diawal-awal untuk appetite aku di hujung minggu. (kecuali aksi terjun dan lompat). lakonan yang paling menonjol adalah Embok (ummi nazeera), Kemawas (Khir Rahman) dan Ying Ying (yang ni memang best lakonan terbaik dengan emosi boleh la nak kaver kayu balak dan cengal yang diambil oleh KRU.

lagi satu, aku teruja giler dengan scene lawan terakhir, yang tu memang cerita melayu lain tak boleh nak challenge dah. memang super-real. seriusly aku enjoy giler-giler bab nih. (buangkan scene puteri cina menjerit yang dia dapat ambil tangkal azimat dari Kemawas). watak jehan kalo di panjangkan perwatakan lagi best, sebagai hero ke lima keenam pon boleh jadi.

overall, filem aksi yang best dan selingan kelakar sket-sket dari ying ying. dan diharapkan melalui filem ini KRU dan ramai lagi produksi tempatan mampu melangkah jauh bukan sahaja dari segi effect, graphic, cgi tapi dari segi kekuatan penceritaan, perwatakan dan script. apa-apa pun umi nazeera memang comel dan kiut terpikat habis..ape lagi korang, p la kat panggung dengau sound effect dorang...kang kuar kat astro first kalo tb korang ala-ala vintage sket..memang spoil sungguh. haha



p/s: tengah  megadjust tengkuk lagi nih..gara-gara duduk row depan belah kiri skrin..adesss..p kerje dengan kepada teleng esok..

Saturday, March 12, 2011

Macam Mana Nak Link Kan Kat Facebook..??

errr...tak ape la kalo korang cakap ini soklan bodo ke ape ke kan..malu bertanya sesat jalan..lagi pun aku masih lagi togeh berdaun hijau..baru je nak berjinak-jinak lebih lanjut dalam dunia blog yang moden ni..

eh macam mana ek nak link kan blog dengan facebook..bukan badge, bukan jugak icon "share it in facebook"..adess susah lak nak terangkan, alah kat bawah tiap-tiap entry tuh ade icon "like in facebook"..bukan ape, bila aku blogwalking beberapa blog yang femes tadi..kat bawah entry ade icon "like" yang akan appear dalam facebook profile kita..macam best la plak ade mende tuh..hehe

 
hah macam tuh..
 
ada kaitan dengan html code blog template ke..?? aku ni dah la bab-bab code nih memang fail. lecturer ajar depan dulu pon main kesah tak kesah je. coursework pon main kopi, edit dan pes je..hahaha

so korang yang berjiwa besar, berhati murni, hebat, macho, comel dan pro blog..leh tak bagi tahu..

p/s: perlu ker buat entry tentang nih..tak kah agak mencapup..??

Sehijau Warna Daun



ye aku masih lagi hijau..sebenarnya kalau ikutkan detik kali pertama aku menaip menulis ke alam blogger mungkin dah hampir 3-4 tahun lepas. bermula dengan entry pendek dekat friendster-blog aku berpindah masuk blogspot, dengan bermacam nama, url dan berpuluh-puluh entry aku buat. tapi aku masih lagi sehijau daun..pucuk-pucuk muda yang tumbuh mencari sinaran mentari..hahahaha..bernuansa dengan emosi dan sedikit melodramatik di petang yang sejuk dingin ini..

aku lihat dunia blog makin berkembang, menjadi medium untuk pelbagai tujuan..cerita peribadi, menjual beli, review movie, medium mencari rezeki sampingan dan melepas geram amarah. dulu aku menconteng di blogspot untuk suka-suki, untuk mencatit ilham tanpa peduli perkongsian. dulu tak pikir pon pasal promosi, sebab kebanyakan entry adalah personal, segan nak kongsi dengan orang..haha

sekarang nih bila terjah blog orang, rasa makin kerdil, tak ubah macam togeh dengan pokok pisang..adesss..maju kedepan la dorang nih..follower beribu-ribu..trafic kencang mencanak beb..semangat berkobar-kobar nak menulis..biar pon nak jadi macam dorang agak mustahil..hmm..tak pe teruskan hidup..at least ada tujuan untuk terus berusaha...

Friday, March 11, 2011

Another Typical Day


hari ni gua rasa macam nak kritik je semua benda depan gua nih..start dari cerita ustaz amirul pukul 9 tadi lagi sampai la cerita panda kat tb3 nih, cerita dah best boleh plak dub sore budak tuh..terus hilang feel nak tengok. adesss...internet yang laju bak siput sedut ni pon tak terkecuali. baran beb..!!

period ke hape..?

tak ade la, cerita ustaz amirul tadi sungguh ridiculous, dengan script yang typical dan kayu-kayuan mati di ambil berlakon. cesss..!! merosakkan mood blues gua di malam minggu.. terpaksa tengok dan dengar beb, dah terhidang depan mata...

tambah sakit ati ari ni, order nasi goreng paprik dah dekat setengah jam dah tak sampai-sampai lagi..naik kebuluq da..last-last cancel order taram roti gardenia je..boleh plak waiter tu tarik muka patblas..dah bukan salah aku kot..lembab sangat kerja..kan dah kehilangan customer setia macam aku nih..hahaha..

anyway,kepada yang bekerja, yang bersekolah, berkelas dan yang berkenaan..selamat bercuti esok..mau tido sepuas-puasnya...


sebelom tuh saya mempersembahkan tarian dari en.hassan baba..jom layannnn..!!! nak joget sekali pon boleyyy...
 

Thursday, March 10, 2011

belasungkawa kawan

tepat 6.48 petang tadi member rapat aku call, masa tu aku dalam bas rapidkl nak balik rumah lepas kerja. keadaan dalam bas, macam biasa bising dengan radio, budak-budak sekolah baru balik. so aku bagitau member aku, hantar sms je..aku tak boleh dengar bising sangat. tak lame lepas tu 1 sms sampai..bagitahu salah sorang dari kawan dia meninggal dan sekarang jenazah dalam perjalanan untuk bawak balik ke kampung di kelantan.

saudara ab.aiman. bukan rapat sangat dengan aku pun. kitorang sembang pun 2 kali je..masa dalam lift kat menara dan juga masa beratur amek nasi dekat cafe. tapi somehow pemergian dia aku terasa sangat. tak tahu macam mana, mungkin sebab pemergian dia terlalu tragis dan terlalu cepat, buat aku tersentak dan sedar yang hidup ni cuma sementara, hanya pinjaman. bila Dia hendak kita kembali, maka kembali la kita pada-Nya. mungkin juga dia familiar face yang sering aku terserempak dekat floor sebab itu terasa kehilangan.

aiman, masa hayatnya dikatakan seorang yang menyenangkan, seorang kawan yang sedia membantu, mendengar, dan berkongsi segala masalah kawan-kawan. aku tak ada pengalaman best dengan arwah nak di kongsi , mahupun cerita-cerita dari first-hand tapi sepanjang 2 3 patah perkataan dalam perbualan kitorang jelas, dia seorang yang orang kelate cakap "kecek anjur" maknanya sopan dan menghormati orang. bukan aku nak exaggerate dan puji melambung orang dah tak ada..tapi itu hakikat berdasarkan perkenalan selama 2 3 minit..mungkin itu tak cukup untuk menilai keseluruhan, tapi first impression yang dia bagi kat aku cukup perfect sebagai kawan.

belasungkawa kawan..!! semoga roh mu tenang dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah..!

tulisan lanjut dari blog rakan bekas sekerja arwah (eir-yannie) dan sisipan the malaymail online (berita)


entah la aku sekarang ni. cukupkah bekalan untuk aku bawa bila menghadap Dia nanti. apa aku nak cakap bila aku jumpa Dia kelak sedangkan masa hidup aku penuhi dengan benda yang sia-sia dan selalu alpa akan perintah-Nya.

Tips Kempiskan Perut

berkeinginan memiliki perut seperti ini..??

atau pun ini..???


cuba tips yang aku dapat dari tenet..


Tips MengecilkanPerut :
1.Bangun pagi-pagi..
2.Berdiri tegak. Tundukkan kepala, pandang ke perut..
3.Bongkok kan badan..
4.Buka baju..
5.Lalu tampar perut berulang-ulang, sambil cakap :
"Buat Malu.. Buat Malu.. Buat Malu...!!"

hahahahahah

ape lagi selamat mencuba yer..

Tuesday, March 8, 2011

Janji

Jangan di ungkap kata nista
Jangan di telah ucap setia
Kerna hanya mimpi dapat di cita
Membuka hati mata dan telinga

Usah di rindu andai tak setia
Usah di pangku andai tak sedia
Bicara hanya tinggalan masa
Janji dan janji tinggalan usia

Pulanglah jiwa, pulang ke pangkal hati
Camtum kembali cebisan mimpi
Hidup bukan untuk di tangisi
Kelak merana tidak berisi

Terima kasih sebab hadir dan sudi
Walau untuk sekejap sahaja
Sehingga kasih bertemu lagi
Berbahagialah kamu sepanjang masa

what what in the butt (sout park)

challengeeeeee..!!!!

first time hari ni kena maki..sebelum ni memang aku dah biasa dapat challenging customer, yang fussy, yang sindir kaw-kaw, yang degil nak mampos, yang bengap kurang pandai pun ada. tapi hari ni lain beb, bila IVR sebut je "BI"..aku dah terasa aura tak best dah.

habis verify, time mintak nama caller tuh dah dapat agak dah cara dia jawab. lepas habis verify sumer dia dah start high pitch da, dan tak semena-mena kuar "you so stupid". aku yang tak biasa kene marah mengeletar nervous plus geram dah. ye la beb sapa tak marah kalo orang panggil ko bodoh la ape la kan. sedangkan bukan salah aku pon..kejadahnye...!!! mungkin bagi sesetengah korang alah benda ni biasa je kan..tapi aku lain beb..aku memang tak boleh orang marah aku, especially kalo bukan salah aku..rasa nak terajang dan tengking balik je..nasib baik tu mata pencarian aku..huhu (sedey kan)

so probe punya probe problem dia..alahai salah dia gak..silap buat payment kat akaun lain la plak..so akaun yang ssatu lagi tak berbayar, dan dah kene suspend dah..kan sapa suruh tak check betol-betol. memang mamat nih tak nak ngaku salah dia, bila aku tanya bayar kat mana dia cakap bayar kat kedai ***, so aku piker mungkin orang kat kedai tu salah kot..at last, lepas aku setuju nak transfer amout dan reactivate, baru la dia slow down lil bit..dan terkantoi dia buat payment online..hah!! sape salah skang nih..

memang pihak kami pon ada salah jugak, tak hantar bil untuk akaun kedua..(yang ni memang, banyak kes kot cust komplen, sakit lak ati aku). so dia ada masalah sket untuk buat pembayaran..part yang best sekali, lepas aku dah buat report, bagi advice dan no report sekali..boleh plak pak cik nih cakap "terima kasih banyak-banyak farhan, terima la ek..terima kasih" (opkos in english la..hahaha) kalo department yang satu lagi tuh, kompem muka dah masuk front page system. ops..!!

apa-apa pun customer macam ni la yang really test our boundry, yang buat aku tak nak give up dalam hidup dan buat aku percaya akan kebolehan diri sendiri..ok, setakat ni..adios..!!!


btw, jomlayan beberapa lagi pic menarik untuk kegelakan bersama..haha

modifikasi yang di pikerkan kretif dan berguna..


bagus pak cik nih..caring terhadap bini dia..hahaha..

ape gune member kalo tak tolong kan..haha.


hahaha..kretif giler kan...
pilihan terbaik untuk penyelsaian asterok yang jem time ujan..hahaha

Monday, March 7, 2011

bersenang lenang dan mencuci mata

jom layan beberapa pic dari internet yang sempat aku tengok..

picture 1:  dikatakn pemilik gambar tersebut mengiklankan di mudah.my..haha..cuba anda cari benda tersembunyi..kalau nampak, mata anda memang tip top..haha

picture 2: agak-agak la mak cik oi kalo nak pakai baju baru pun kan..haha

picture 3: tu baru arahan lembut, kalo arahan keras tak tahu la mcam mana..dari manager stesen minyak..TERBAIK!!!

 picture 4: hahaha..failed big time..


picture 5: tak perlu kata apa-apa..gelak je la..

and picture-picture kat bawah versi yang boleh membuatkan cikgu BM nanges tak henti-henti...haha



disclaimer: semua picture yang diatas telah di biarkan berkeliaran di internet dan di tangkap muat masuk blog ini..jadi sekiranya salah satu gambar tersebut adalah hak milik mutlak anda..sila tinggalkan komen dan saya akan buat referal..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...