Sunday, March 27, 2011

Sup Sampah - Trash Vortex


pernah dengar tak..?? bukan sup macam biasa orang masak tuh, nih sampah betol-betol..kalu tak pernah dengar cuba nih " vortex trash". tak pe kalo tak tahu jugak, try google. aku tengok discovery channel a few years ago dan baru tadi aku teringat pasal nih. aku try google "garbish in the sea", baru tahu name sebenar, rubbish soup ngan trash vortex.

menda nih disebabkan arus vortex di selat pacific yang menyebabkan sampah-sampah terutamanya plastik terapung-apung di lautan di sekitar pacific. untuk pengetahuan, trash vortex nih ade 2, 3 kalo tak silap. dan besar dia boleh mencecah dua kali lebih besar dari united state of america (sumber wikipedia and austrianstimes)

sekadar briefing la punca trash vortex nih. selebihnya korang boleh tanya pak cik google. actually sisa-sisa buangan plastic nih asal dari mainland, dari kita semua yang sewenang-wenangnya buang sampah merata-rata. tak kira la ke sungai ke, yang akhirnya sampai kelaut. akibat dari tekanan dan tiupan angin selat dan sebagainya sampah-sampah nih terkumpul di suatu kawasan di pacific. teori pengumpulannya senang je, korang ambik air satu besen, masukkan butir-butir polisterene ataupun kepingan-kepingan kecik. pastu korang pusing air tuh dengan tangan. tak kisah la arah jam, ke lawan jam ke. and biarkan dia settle kejap. tengok, pasti die terkumpul kat tengah-tengahkan.


hah, macam tu lah plastik-platik dan sampah-sampah tuh terbentuk. andaikan daya dari pusaran tangan korang tu adalah angin dan arus dan kepingan polisterene tuh sampah-sampah dan plastik dan kat tengah-tengah pengumpulan tu lah dipanggil trash vortex atau pun rubbish soup ataupun Great Pacific Garbage Patch.

plastik-plastik nih adalah not biodegradeble, memang tak lupus at the end terapung-apung lah kat tengah laut pacific. ada sesetengah dah anggap trash vortex nih adalah "the eighth continent" judging by size of debris itu sendiri. akibat terhadap oceonology and maritim life memang tak boleh sangkal lagi. aku bukan environmentalist mahupun activist tapi sedikit kesedaran dalam diri aku nih buat aku tersentak tengok benda nih boleh berlaku. cuba usha gambar kat bawah nih..sah-sah dah bagi effect kat hidupan marine.

so kawan-kawan, start dari hari nih..tak rugi kalo buang sampah lam tong sampah. dunia nih pinjaman kita dari generasi masa depan. bila kita tak de kelak, yang ni lah kita akan waris kan untuk anak cucu. takkan nak biar kan cucu cicit kita duduk dalam sampah di sebabkan ignorance nyer sikap kita pada hari nih..

video youtube:



kesian giler

tengok Laysan Albatross nih, ape yang mak dia bagi makan, semua plastik

alahai..kesian giler turtle nih.

5 comments:

KasihPena said...

fuhhh...tgk video mat luthfi....nama pun sampah...hehehhe...

Macky Messer said...

Ni Gorillaz panggil Plastic Beach. Turtle tu ramping btw, xnk buat pedoman ke?

Kamarul Farhan said...

@Macky Messer: hahha..boleh di jadikan motivasi ker..haha..
@KasihPena: hahha..memang lawak dowh video tuh..best2..!!

Macky Messer said...

motivasi nak kuruskn bdn la sengal hahaha

Kamarul Farhan said...

@macky messer: xpe la dowh, aku dah kurus dah..dah kiut secara semula jadi..hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...