Thursday, March 31, 2011

Seni Itu Indah- Interlok


bagi tiap-tiap orang penulis, hasil tulisan dorang anggap seni. seni yang dorang bersusah payah pikir dan karang. sama jugak dengan lagu, arca, lukisan. semua tuh adalah seni. aku rasa mesti dorang sayang giler akan seni karya dorang. same macam aku, walaupun bukan nyer reti sangat menulis, walaupun entry cacar merba, walaupun post aku cam lemau biskot merrie sekali pun, aku tetap suka. dan aku takkan sesekali suka orang senang-senang nak ubah seni aku, walaupun buruk orang tengok, at least dia kuar dari benak otak sengal aku nih. aku takkan sesekali bagi orang alter, ubah ikut sedap perisa mak bapak orang. kalau suka, korang baca..kalau tak suka, tak ape..tak payah baca..aku memang tak kisah.

so sekarang ni aku nak komen pasal interlok, bukan nak beremosi sangat. dari dulu lagi aku nak komen benda nih. actually kalu ingatkan blog baru nih aku nak bebaskan dari unsur dan post-post berkenaan dengan politik. tapi yang nih aku memang tak boleh tahan lagi. memang nak kene tulis dan komen jugak sedikit sebanyak.

interlok tulisan Sasterawan Negara Abdullah Hussin, baru-baru jadi kontroversi sungguh bila ada perkataan dalam tuh yang merujuk kepada segolongan kaum yang dikatakan menghina dan merendah-rendah kan dorang. aku tak salahkan dorang, itu dorang punya hak untuk tidak mahu digelarkan dengan perkataan tuh. aku tak kisah. tapi bila ada satu panel yang di tubuhkan untuk mengkaji balik dan ubah balik novel tersebut. aku rasa itu sudah melampau.

suka suki je orang lain mahu campur tangan ubah-ubah seni yang dihasilkan oleh penulis tersebut. memang bagi aku agak kurang ajar dan biadap. itu adalah hasil karya, dari buah fikiran yang aku rasa peulis tak tido beberapa malam, struggle untuk tulis senaskah novel. tapi at the end kene ubah sebab segolongan orang tak suka ianya dijadikan teks kesusateraan di peringkat sekolah.

sebagai contoh yang lagi senang nak nampak. bayangkan lukisan yang dah siap tergantung di dinding pameran sebuah dewan, tiba-tiba ada pengunjung ternampak dan berasa terkilan dan terguris dek luisan tersebut. lalu komen kepada pengarah dewan untuk ubah lukisan tersebut. dan dengan sewenang-wenangnya lukisan di turunkan dan di cat di lukis di conteng kembali tidak mengikut jiwa asal dan terjemahan hati pelukis asal. agak-agak tersentak tak..??

maaflah, bukan aku tak concern dengan perkataan tu dan jugak hinaan yang mungkin dorang rasa. tapi untuk pendapat aku, dan kalau itu karya aku. aku lebih rela untuk novel itu tak jadi rujukan buku teks budak sekolah. sebab aku pandang tinggi dengan karya aku, walau selemau dan sesengal mana pun hasilnya. aku tak rela orang ubah, sebab masa aku tulis aku ceritakan dari hati aku. aku letak identiti aku, dan aku letak jiwa aku dalam tulisan.  masih lagi banyak novel-novel bagus dari penulis-penulis kat malaysia nih yang boleh di jadikan rujukan untuk teks sekolah.

dan to be fair aku memang dah baca novel tersebut. cerita satu malaysia yang bagus memaparkan rakyat malaysia pada waktu susah di zaman penjajah dulu. mungkin aku agak exagerate benda nih, dan mungkin jugak penulis asal tak kisah novel di ubah, tapi atas dasar seni...ianya dah merobek jiwa, identiti dan jugak hati yang di letak dalam novel tersebut sewaktu penulis menghasilkan karya..

so, kalau tak suka...cari novel lain untuk diganti dengan interlok di jadikan teks sastera sekolah. dan aku juga bukan pencacai yang defend interlok, aku juga bukan pencacai yang kutuk interlok..seni itu indah kalau kita pandai tengok, pandai baca, pandai rasa, pandai dengar, dan kalau kita pandai pikir.

click untuk tumbesaran penuh


p/s: sekadar pendapat 2 sen aku sahaja. maaf la kalau terlalu emo di petang yang syahdu di perdu rindu nih..huhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...