Sunday, March 13, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - Komen

*ok, ni komen aku jek bukan review, sbb dah belambak dah blogger tulis, review pon lebih kurang sama je.

petang tadi tercapai jugak hasrat aku nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). hahahahah..aku nak gelak dulu baru tulis komen boleh..??

hahha..ok ok..!! dah-dah, sekarang tarik nafas, dan hembus ikot belakang (pastikan takde orang mahupun tumbuhan dan haiwan di sekitar). petang tadi keluar p mid valley. ye la sorang diri jee..semalam dah kuar, tapi tgk orang berbaris bagai nak rak..beli barang ape yang patut kitorang terus blah.

kepada penyanjung dan penyokong filem bangsa, relek dulu ek..aku kutuk kritik sket dulu, nanti kat ujung-ujung aku puji la siket-siket. that's so called The Malay Chronicles. aku tak  nampak logiknya nama tersebut. sefaham aku, the chronicles ni maksud dia kronologi sesuatu plot mahupun sesuatu tamadun. kalau kat sini, kronikal bangsa melayu, asal usul, susur galur, jalan cerita bangsa melayu kat malaysia sekarang (semenanjung emas- dalam HMM).  yang aku tak paham, asal nak kene namakan the malay chonicle, sedangkan cerita berkisar pada putera rom, puteri cina, dan juga decendent Alex the Great yang akhirnya menjadi raja di negeri langkasuka. dan kalau ikutkan jurai keturunan merong ni, di pass kan kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat dan seterusnya Raja Seri Mahawangsa yang seterusnya meninggalkan takhta kepada Raja Seri Maha Inderawangsa dan Raja Bersiung. era keislaman datang masa pemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudian dikenali dengan nama islam Sultan Mudzaffar Syah. (rujuk mykedah2)jelas sekali ini adalah kronologi kesultanan kedah (langkasuka) bukannya kronologi melayu. awat tak namakan the sultanate chronicle.

ok, la persetankan sejarah, mitos dan legenda semua tuh. memang mengelirukan dan memang mengantuk..!! lagi pun ikut suka KRU la kan nak buat cerita macam mana. balik kepada cerita HMM. memang salute aku dengan kerja anak watan, mampu menjana suatu karya cinematograpy yang tinggi dalam menyampaikan cerita. penuh aksi dan debaran. ok bab negative dalam scene. selain di penuhi kayu-kayuan jati, cengal dan meranti dalam cerita tuh, keserasian antara putera rom dan merong amatlah pelik. aku rasa janggal sungguh tengok aksi atas bot, awal-awal tuh. entah, susah nak terangkan.

lagi satu aksi tak masuk akal, time geng-geng merong di serang kat kingless land, tepi pantai tuh. merong naik atas menara peninjau. so lanun-lanun ni, goyangkan menara sampai tumbang. at last, semua lanun mati..kononya di hempap oleh menara buluh tersebut. ye la KRU nak mamposkan pelakon-pelakon extra untuk tunjukan yng merong ni sole survivor aku paham..tapi agak-agak ar beb..haha

satu je lagi scene yang aku nak kutuk..time merong gune Archimedes trick untuk kalahkan lanun-lanun masa dorang lancarkan counter attack..hahahaha..part nih aku gelak dalam hati, tak mau ganggu aweks sebelah tengah kusyuk usha dada si Stephen Rahman-Hughes terganggu. perghhh..boleh mampos terbakar segala lanun-lanun terkena pantulan cahaya matahari dari cermin merong.hmmm ok la, kalo korang nak percaya. telan je la...!!

actually banyak lagi nak kutuk, tapi ye la kan..kang orang cakap aku tak sokong cerita melayu plak kan.. ok, bab lawan-lawan memang mantop, aku salute kerna mampu memaparkan aksi separa-real diawal-awal untuk appetite aku di hujung minggu. (kecuali aksi terjun dan lompat). lakonan yang paling menonjol adalah Embok (ummi nazeera), Kemawas (Khir Rahman) dan Ying Ying (yang ni memang best lakonan terbaik dengan emosi boleh la nak kaver kayu balak dan cengal yang diambil oleh KRU.

lagi satu, aku teruja giler dengan scene lawan terakhir, yang tu memang cerita melayu lain tak boleh nak challenge dah. memang super-real. seriusly aku enjoy giler-giler bab nih. (buangkan scene puteri cina menjerit yang dia dapat ambil tangkal azimat dari Kemawas). watak jehan kalo di panjangkan perwatakan lagi best, sebagai hero ke lima keenam pon boleh jadi.

overall, filem aksi yang best dan selingan kelakar sket-sket dari ying ying. dan diharapkan melalui filem ini KRU dan ramai lagi produksi tempatan mampu melangkah jauh bukan sahaja dari segi effect, graphic, cgi tapi dari segi kekuatan penceritaan, perwatakan dan script. apa-apa pun umi nazeera memang comel dan kiut terpikat habis..ape lagi korang, p la kat panggung dengau sound effect dorang...kang kuar kat astro first kalo tb korang ala-ala vintage sket..memang spoil sungguh. haha



p/s: tengah  megadjust tengkuk lagi nih..gara-gara duduk row depan belah kiri skrin..adesss..p kerje dengan kepada teleng esok..

2 comments:

RABUN said...

kritikan yang bagus...belum sempat tengok...

sebelum2 ni KRU memang terkenal ngan packaging cantik isi lemau...

harap harap yang ni best

apa pon poster menarik dari kukubesi terbaik!

Kamarul Farhan said...

@rabun: aah, poster memang lawa..jalan cerita so-so la jugak..tapi ok la berbanding yang lain-lain kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...