Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !



ni first segmen aku join, sebelum ni malas aku nak  join apa-ape..ben ashaari beb, retis blogger femes tuh..huhu..sape yang tak kenal..??klik sini untuk join segmen ben.

ok la soklan bab ibu bapa (terutamanya ibu) nih memang aku agak sensitif sket. silap-silap air mata jantan gagah perkasa dan macho nih boleh berderai jatuh..huh

-best memory aku ngan mak aku..
kalau nak cerita memang banyak kenangan best-best ngan mak aku nih. silap-silap haribulan boleh buat novel kot..tapi kat sini aku nak cerita 1 kisah je la kot..

masa tuh aku kat mrsm di sebuah negeri di pantai  timur. sekolah kitorang nih tiap-tiap sem akan ada anugerah pengetua bagi student yang pointer 3.5 keatas. untuk sem 1 dan 2 result aku rendah, tak layak untuk naik pentas, cuma boleh tengok je la student-student bijak ngan mak bapak dorang yang penuh bangga.

ujung sem 2 aku dah tekad giler-giler dah, sebelum aku grad nih aku nak mak aku datang tengok aku naik pentas terima anugerah pengetua. sem 3 aku study giler-giler dan alhamdullilah aku dapat anugerah pengetua. happy memang tak payah cerita la, aku terus kol mak aku dari tepon public sebelah ofis HEP. dulu rumah kitorang mana ada tepon rumah, handphone pun masa tuh cuma orang-orang tertentu je ada. aku kol ke rumah jiran, suh panggil mak aku  ap. so aku cerita bla bla bla bla..

mak aku happy tak jejak tanah dah. tapi kitorang time tuh, bukannye berada sangat. nak datang sini guna duit lagikan. lagi pun mana ada keta nak pergi. aku cakap tak pe la mak, tak payah datang pun tak pe..majlis kecik-kecik je, lagi pun ramai je mak bapak orang lain tak datang, kawan sendiri pun mak dia tak datang. saja aku nak sedapkan ati mak aku, tak nak susah-susah suruh dia datang. mak aku cakap tak pe la..tengok ar camner..dia pikerkan.2 3 hari sebelum majlis aku kol mak aku..kompemkan camner, mak aku tetap jugak degil nak datang. aku tanya nak datang camner..? mak aku cakap, tak pe la, dia piker la camner..yang penting hari tuh dia akan datang tengok aku naik pentas. dia nak duduk di kerusi depan sekali, dan dia nak yang paling kuat tepuk tangan bila aku jalan naik pentas terima sijil pengetua.

hari majlis, aku pagi-pagi lagi tunggu depan HEP. semangat berkobar-kobar nak jumpa mak, dah lama dah tak jumpa. dalam ramai-ramai orang aku nampak mak aku baru turun teksi. rupa-rupanya dia naik teksidari rumah kitorang sampai kat maktab. rumah dan tempat aku sekolah negeri lain-lain, korang bayangkan lah berapa banyak duit dia habiskan semata-mata nak hadir majlis anugerah pengetua aku. lepas habis semua majlis, time berpisah..masa tu perasaan aku macam-macam, sedih, bangga semua ada. sebelum kitorang berpisah aku salam ape semua. tak pernah-pernah sebelum nih mak aku peluk aku. time tuh dia peluk,, dia cium dahi aku.. aku masih lagi kontrol, dalam hati dah nak nages da. aku tengok dalam mata dia, dan masa tu lah aku tahu yang aku dah banggakan mak aku. aku syukur giler-giler kerana aku dah buat orang yang aku paling sayang sekali dalam dunia niberbangga.

-ok la soklan antara ibu dan ayah mana lagi aku sayang.
ofcourse mak aku, untuk pengetahuan semua mak aku ibu tunggal. membesarkan kitorang 3 beradik sorang-sorang. pagi-pagi sebelum subuh dah kuar rumah, dia jadi tukang masak kat kantin sekolah, lepas semua budak-budak sekolah balik, baru la mak aku beransur balik.. dalam pukul 2 3 macam tuh. pukul 5 pulak mak aku tolong jiran kitorang jual nasi dekat pasar malam wakaf che yeh sampai pukul 1 pagi. tiap-tiap hari macam tuh. nak besarkan kitorang 3 beradik, nak hantar kitorang ke university besar sungguh pengorbanan dia. bapak aku pulak, hmmm..malas nak cerita..

-sanggup kah tinggalkan mak aku di rumah orang tua..?
memang tak terpiker langsung..dan harap-harap ianya kekal macam tuh masa hadapan nanti..insyaAllah..!!(noktah)

-anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka..??
yang ni memang anak kurang ajar..masa kitorang kecik-kecik berebut nak aiskrim sampai gaduh-gaduh pun mak aku boleh nanges tengok.. ni kan nak berebut harta tanah pusaka... aku tak boleh bayangkan perasaan ibu bapa tengok anak-anak dorang macam nih..hancur berderai, bukan setakat air mata..hati hancur luluh kot..






11 comments:

mas saari said...

salam singgah n follow sini!
ibu sentiasa bersama kita tika susah dan senang, jadi hargailah ibu kita..

irzat adam said...

LIKE! o_0 v

saya YANA said...

sedey.. Yana rasa Yana belum wat apa2 yg boleh wat mak Yana bangga dengan Yana.. hmm...

Cik Sue said...

salam perkenalan...

kasih ibu tidak terbalas..hargailah mereka selagi hayat mereka masih ada.. =D

cik fza said...

hargailah ibumu selagi ibu masih ada. :)

Kamarul Farhan said...

@ cik fiza: cuba menghargai selagi nyawa masih ada..insyaAllah..

Kamarul Farhan said...

@ mas saari: dah follow da blog mas, nice2..!! huhu
@cik sue: salam perkenalan untuk cik sue..
@irzat adam: like blog irzat too...:D
@yana: insyaAllah, ibu kita sentiasa berbanggga dengan kita..:D

WaN aNa said...

sedihnye..nsib kite seakan sme..sgt2 tersentuh :'(

Kamarul Farhan said...

@wan ana: thanks..ibu adalah segalanya..

Anonymous said...

menitik air mata aku baca paan...

ameyo leo

Kamarul Farhan said...

@ameyo: first time kot aku cete..mg pun xpernah dengar kan..huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...